Monday, February 01, 2016

My Ayah - Part 1

It all started in September, on 27th September 2015 to be exact. Memang pun biasanya Friday night lepas kerja aku akan tido rumah parents dgn Zul then Ahad balik ke Bukit Jalil. So Ahad malam tu bila dah balik Bukit Jalil ada rasa malas la nak masak so order Dominos. Tengah makan tu, adik aku Tiyah whatsapp cakap Ayah sakit perut and dia akan bawa ayah aku pegi PPUM. Aku buat biasa je la, memang pun dah hari Ahad and maybe sebab takde clinic bukak memalam tu so ayah ke hospital la.

Pukul 10pm no news. Then 11pm lebih adik aku kata maybe Ayah kena tahan kat ward sebab nak buat further checkup. Masa tu aku dah tak keruan sangat dah sebab adik aku pegi dgn husband dia bawa ayah aku and so, Mama tinggal sorang2 kat KJ. Aku nak pergi tapi mama kata takyah nanti Tiyah balik. Time tu yg kitaorg tahu ayah punya stool dah keras dlm perut sbb tu nak check further. So the plan was Tiyah akan ambik EL Isnin and aku akan ambik EL Selasa sebab budget Ayah boleh discharged Selasa. Pegi kerja Isnin tu memang rasa tak senang duduk, I kept texting my sis for updates. Doctor kata kena operate hari Selasa. What? Katanya ada ketumbuhan kat usus lepas dah buat thorough scan and MRI. Isnin lepas kerja aku terus ke rumah, tak pergi pun hospital sebab waktu melawat sampai 8pm je and aku tak sempat. Aku mintak izin Zul and tido teman mama malam tu sebab mama kata dia tak lena on Sunday sebab tido sorang. Airmata takyah cakap la masa tu. Byk sgt benda uncertain. Aku terjaga banyak kali and before Subuh aku bangun sembahyang tahajjud minta pembedahan ayah ni dipermudahkan.

Selasa - 29 September 2015. Aku dengan Mama ke hospital dlm pukul 9am sebab maybe operation 10am. Pecah dada aku tengok Ayah atas katil. Dia nampak sihat and throughout my 38 years of age ni, dia tak pernah kena masuk wad ok. So mungkin siapa yg baca ni boleh imagine macam mana aku rasa tengok dia helpless kat katil. Adik aku dah pesan banyak kali, jangan nangis, jangan nangis depan ayah but I is cannot. Period. Tu pun aku keluar banyak kali dari bilik ayah to wipe my tears. Kakak ayah came half an hour later, just 10-15 minutes before nurse datang nak bawak ayah pergi OT. Kami sama2 ke tingkat 2, mama gosok2 tangan ayah and aku cium tangan ayah sebelum ayah dibawak masuk OT and mama hampir pengsan kat situ. Kept saying to myself aku kena kuat, I have to.

Papah mama bawak masuk bilik menunggu and slowly we calm down and waited. Time tu dlm pukul 12.30pm aku rasa. Masing2 pun tak lalu nak lunch. Then bila dah masuk Zohor, aku ajak Mama pergi surau sama2 tapi Mama kata better bergilir takut kut2 doktor panggil ke. Dlm hati aku pikir, baru sejam takkan dia nak panggil tapi aku ikutkan je and aku pergi dulu solat. Balik dari solat aku masuk bilik menunggu, mama takde situ. Ada beg makanan je. Aku dah cuak dan dalam kelam kabut cari Mama, Mama call and cried..'Adik, masuk bilik operation', aku tanya kenapa? Mama cuma cakap nanti kat dalam baru cakap. I rushed to the OT room but it was locked (auto access). Called mama again, but not answered. Mujur ada nurse baru keluar so aku terus masuk. Aku nampak ayah atas katil and nampak dia masih sedar so aku pikir 'Eh cepatnya operation ni dah habis'

BERSAMBUNG

No comments: