Tuesday, October 23, 2007

Umrah Trip Part 2

Tu la dia kan...bila dah ada Part 1, kena la sambung Part 2 dan part seterusnya :D. Dah kul 10pm ni, aku sampai rumah pun 9.30pm tadik, jaga exam. A very hectic week indeed. Looking forward for next Thursday when all this madness will be over. Let me rephrase that. Madness will be over, for the time being till the next madness.

Ok, sambung citer. Ni gambar hotel yg kitaorg duduk.

Cantik jugak. Mama kata ni hotel baru sebab masa dia datang dulu, hotel ni baru tengah buat. Aku suka sangat kat Madinah ni sebab semua nampak bersih, jalan dia bersih. It took us about 3 minutes walk je ke Masjid Nabawi. Since malam yg kitaorg sampai tu dah lepas Isyak, so we all borak je dlm bilik sambil unpack baju. Aku bawak satu beg besar je, as advised by Mama baju2 bleh basuh and ganti balik je. Next morning, sahur..it felt weird not having him beside me on bed tapi sekejap je rasa macam tu, pastu dah biasa. Rasa kelakar plak sbb dpt jumpa dia time makan je..pastu senyum2 :D. That's the first morning of Subuh prayer in Masjid Nabawi, tak tahu camner nak explain rasa ni. I felt calm, content, happy...

Rindu jugak kat Mama as I chose not to have roaming phone..ingat ke senang la make calls kat sana guna phone card ke apa..tapi disebabkan tak paham Arab bila diaorg dok explain, aku cari2 gak IDD shop to make calls, tak jumpa. Last2 beli prepaid card and guna my roommate, Kak Z punya handphone. Dia bawak phone tapi tak buat roaming ehehhe. Bila dpt cakap dgn Mama petang tu, rasa best gila! Tapi petang tu I was not feeling well, teruk sangat migraine maybe sbb tak biasa dgn cuaca panas..I didn't go for our first iftar in the Nabawi mosque. Rasa ralat sangat tapi memang tak larat sesungguh. Aku buka posa sorang2 dlm bilik, sedih wOoo. Lepas terawih, kitaorg bertiga berjalan2 dgn suami ronda2 Madinah..kat sekitar tu jek la pun. Beli barang2 sket2..

Besoknya kitaorg dibawa melawat tempat2 bersejarah. Masjid2 yg bersejarah, 3-4 masjid juga la pergi sampai aku dah tak ingat sejarahnya. Aku cuma ingat Masjid Qiblatain yg dulu ada 2 qiblat tu. Gambar2 kebanyakannya B yg ambik sbb camera kat dia, aku takut nak pegang coz kat sini diaorg strict sket pasal bawa camera masuk masjid. Kitaorg pergi Bukit Uhud, and bought some herbs/medicines.. tak cuba makan pun lagi. Must try soon, must find time.

That night, kitaorg buka posa kat Masjid Nabawi. We stayed there since lepas Asar to ensure we have place. Memang seronok buka posa kat situ ramai2...a new experience for me. And first time rasa air herba dia, apa ek dia panggil..sounds like 'Hawwa' camtu. Rasa pahit tapi mmg elok untuk tekak and badan. Oh, siang tu we all Malaysians were given chance untuk masuk ke 'Raudhah', something that I've been waiting for. But it was quite a struggle to get in, masa2 begini la badan besar ni amat berguna :D. I only got the chance untuk tadah tangan dan berdoa, nak solat sunat mmg impossible time tu coz memang packed to the max. And to risk yourself nak kena pijak, mmg betul la org kata kalau pegi bulan puasa ni luar biasa sket sbb org memang ramai yg teramat. I like the kebab in Madinah, sangat lazat. Makanan dia murah2 cuma barang2 mahal sket especially kalau kat shopping complexes dia.

Pagi terakhir di Madinah, pegi ke Masjid untuk lambaian selamat tinggal. Sedih sungguh time ni airmata asyik keluar jek. Satu, sbb tak tahu bila la ada rezeki nak datang lagi.. kedua, sebab sebak bila tengok B pakai ihram. Macam2 perasaan bila tengok dia dlm kain ihram. I didn't get to sit beside him dlm bas dari Madinah ke Mekah but it's ok..The journey from Madinah to Mekah was about 4 hours.

Alhamdulillah, lega bila sampai Mekah. I was speechless bila sampai. Rasa macam tak percaya dah sampai..

Part 3 la ok? Mata dah kuyu ni..

5 comments:

Anonymous said...

Keem em coming sis.. nak baca lagi..

~arena

Z.Y. said...

buat aku rasa nak pegi pulak.. tapi takut aku ni byk sgt dosa, nanti masuk mesjid tak jumpa jln keluar.. eeeee tatuttt.. aku ni takutkan benda2 yg ngarut kan? hehe

insyaallah kalau ada rezeki mmg aku nak pegi ngan jimmy...

Freak & Geek said...

seronok nyer dapat pegi..
cepat2 sambung part 3 lak..

anyway, selamat hari raya.

Zetty said...

betul la, entry2 umrah kau ni mcm membuat kan aku rasa terbukak hati nak ke umrah.

Amy said...

Che Na - Been busy la, tengah minggu paling busy yg dtg setahun 3 kali nih. MAlam2 pun ngadap laptop buat keje.. tengah cuba mengabaikan blog jap (tapi jengok2 gak blog kawan2 :P)

Zied - Insyallah, takde apa. Semua pintu keluar dia ada signage, dlm bahasa arab dan english. Aku pun takut gak dulu, tapi alhamdulillah, dimudahkan urusan. Normally aku berjanji dgn laki aku jumpa di pintu yg sama, pastu jalan balik sama2 :D I loike! Ada rezeki nanti pergi la, susah nak describe in words dia punya seronok tu macam mana

F n G - Ingat tak nak singgah blog kita dah :P..lama tak nampak. Selamat RAya to you too dear. Been quite busy la (what's new kan?).. insyallah next week I update.

Zets - Ye ke? Alhamdulillah.. kalau ada rezeki nanti, pergilah. Memang rasa setenang-tenangnya kat sana..