Aci la kut yer if aku post about food and food pictures? :)
Masa January kalau tak silap, aku buat project dgn adik aku..spicy seafood aglio olio spaghetti (panjangnya namaaa) and red velvet cupcakes. Aglio olio sebab sebelum tu makan kat SR dgn parents and sis terasa sedap ler plak aglio olio dia. Then aku kemaruk nak makan lagi maka google la recipe. I would say 80% menjadi ler. Room for improvement.
Red velvet cupcakes adalah kerana si Nabeyl punya blog. Geram aku tengok dia buat red velvet dgn jayanya. Maka aku pun nak jugak buat and follow his recipe. Cumanya cream cheese sukatan dia a tad bit too sweet for my liking. If nak buat lagi, I'll cut down on the icing sugar. Memula baik je aku tunggu cupcake dah suam baru letak cream cheese tu pastu mula la nak cepat bila 2nd batch of cupcake baru lepas kuar dari oven aku gatal tenyeh cream cheese atas tu, cair dowhh..haha kelakar. So please take note, sabar tunggu cupcake dah sejuk baru taruk cream cheese. Overall I like it, cukup moistnya.

Goreng pisang raja..heaven. Jenis pisang paling sedap untuk digoreng
Masa ni pulak tetiba rasa nak buat breakfast macam time raya.. so nasi himpit, kuah kacang instant and sambal ayam. Campur semua, yummy.
This was last week. Tiring day, meeting 5 jam. Sakit mental. Maka ajak en suami gi Giant. Hajat hati nak makan choc lava dekat SR. Tapi mulut tersebut brownies with ice cream. Haih. So ada alasan utk pegi SR lagi. Oh ya, lepas makan dessert ni la aku terdengar suara panggil nama aku...rupanya Fichiek. Tak sangka jumpa di situ. Malu aku dgn muka aku yg berminyak2 baru balik keje, baju kurung. Sadis.
Last weekend plak rasa nak buat puding laici..maka puding laici it is.

Tonight, my sis nak belanja makan kat Saba, arabic restaurant kat Cyberjaya tu. Aku yg dok sebut byk kali nak try, nak try. So malam ni we all pegi. My sis and I share nasik sebab tahu tak daya nak abis. Ambik nasi Kabsah..she took chicken while I ordered lamb. The meat was so tender and juicy. Next time kena bawak Zul, susah nak jumpa lamb yg tak berbau dan lembut camni. Dessert dia cream caramel pun sedap.
Ok tu je random post on food :)
I had two free movie tickets since Nov-Dec last year and kept postponing to use it until last Saturday (coz it expires on 29th Feb :P). Pikir punya pikir, movie paling sesuai 'This Means War' sebab katanya ada action, romance and comedy. Kiranya aku anggap Zul temankan aku je la tengok movie ni. Dah cuba cari action movie lain tapi waktu tayangan tak berapa sesuai coz Zul keje till 7pm. So our movie ni 9.30pm.
Had dinner in SR Pyramid, then terus gi ke TGV. If I were given a choice, I normally chose GSC dari TGV coz GSC lebih comfy kerusinya and counter dia tak berterabur. Tapi dah tiket free tu for TGV only, layankan je la with low expectation. Quite berubah jugak dah TGV Pyramid, snack counter pun dah banyak. So agak impressed dah di situ. Then masuk theatre dia and duduk "Wah sedapp dah kerusi dia and tinggi". Seat row number pun displayed right below armrest jadi macam takyah tunduk2 sgt gitu..lampu pun terang, takyah nak pakai handphone light semata2 nak tengok seat row number.
Ni movie review Amy, bukan theatre review..ok,ok. So at the beginning, I thought this will just be another chick flick movie that I'll enjoy la. Tapi turns out it's more than just a chick flick movie. Action dlm 30%, romance 20%, comedynya 50%. The audience were laughing so hard and clapping hands kauuu. And I think Zul enjoyed the movie too, gelak2 sampai senget2 badan. Kelakar!
Reese Witherspoon memang best la, ditambah dgn dua main actor yg kacak, cuci mata lor. Cerita dia pasal Reese yg mencari jodoh and decided to try online dating, jumpa plak dgn one of the CIA yg also tried online dating. Lepas dating dgn CIA tu, she met this other CIA and end up dia sesuka dedua. These two CIAs ni plak best friends and team partner. So, when they found out that they like the same woman, masa ni yg super funny sebab memasing try to impress her and with the advantages of being a CIA agent, habis segala gadget and equipment diaorg utilize untuk intip each other and outcast each other. Kalau ingat2 balik, memang senyum sorang2.
So, siapa yang dipilih? Korang kena la pegi tengok :). Rotten tomatoes punya critics a bit nasty tapi dekat IMDB website they all bagi 6.5 over 10. I would give 8/10 kut. This movie is 18SX anyway..I enjoyed the movie and the company, of course ;p.
Note : Picture taken here
Rasa macam tak pernah citer lagi pasal adik aku nak kahwin..The wedding will be this April. Merisik was done last year, mid year tak silap and there were no engagement ceremony. Diaorg decide tak nak bertunang, just nak terus nikah April ni.
So, being the only sister, sure la akak dia ni akan kiasu lebih. So far preparations tu macam 60% done kut. Wedding favors semua dah siap, tunggu nak rebus telur je a day before nikah. Baju pengantin semua dah siap this week, can't wait for this Saturday nak lepak rumah mama, then boleh tengok baju. Baju kakak pengantin utk reception baru hantar last week. Hihi. My baju for malam akad nikah and bertandang mama dah siap jahitkan. Baju kurun biasa je pun. Jimatttt hehe.
Kadang2 rasa blur tak tahu nak buat apa..thank god for aunties yg best2 yg selalu menolong. They are my mom's sister and cousins. Don't know what we will do without them. I'm excited for this wedding but at the same time rasa sedih. Normal la kut ek. Maybe dia akan pindah Taiping lepas ni. But lepas April ni, jadi weekend wife dulu..nanti dah stabil baru dia berhenti keje and pindah. Dah, dah..tak mau ckp lagi sebelum dia betul2 pindah..sesak dada :(
Aku masih belum blog lagi pasal my new workplace eh. Bukan kerja baru :), office je baru. My current employer ni is expanding, katanya la. And katanya nak build new campus yg boleh accommodate everything in one roof, which would only complete by year 2013 or 2014.
So, they decided to move one faculty to a new rented building sementara nak tunggu campus baru siap. Dan the new building ni is near Mine* la. My office is between hotel kuda emas itu dan S*pur*. Decision was to move the admin team yg serve the faculty. It was end December when decision was made, for me to move there la. At first aku ingat I'll just be monitoring that team from the main campus since ada dua team lagi bawah aku kat main campus. Tapi, they all decide that nak ada one senior person there kat new building utk supervise operations kat sana. I was in denial la of course, why me? Why? Sedangkan ada lagi 3 AM that they can choose from.
After a few days, I decided that I must take it positively, that I should take this as a challenge. So, I packed my things and ready to move by early January. Journey wise, lebih sket dlm 15 mins. Traffic kat bulatan kuda tu idakler jam sgt, moving ler. Nak lepaskan traffic kat kawasan perumahan aku yg masalahnya dari dulu. Once dah lepas TPM tu, berdesup je aku bawa sbb dah clear all the way sampai ke hotel kuda emas tu. Parking ada lebih sket la kena bayar. Tol RM2.60 pegi balik tapi semua tu dah incur sekali dlm parking yg aku bayar monthly so access card tu macam ko bleh kuar masuk 8 kali kat tol tu without charges la.
It's just a small team of 7. Crowd agak kurang la dari main campus, but still students being students la kan..sakit gak kepala nak melayan diaorg ni. Dulu aku ada concentrated area to focus on, but now, I had to learn new things operation wise, coz tempat baru ni dah jadi macam mini version of main campus. I'm expected to know A-Z and so, it's quite challenging dan menguji kesabaran aku daily la sebab scope pun dah luas and hence, aku ada new perspective of things. And it being a new place, will take some time to adapt to. Decisions pun some time kena cepat and aku kena juggle between interaction with students, lecturers dan juga staff aku sendiri. Dan tak lupa jugak aku masih ada staff lain yg masih refer2 kat aku dari main campus. Pening. At times, I had it easy. Other times, I just feel like screaming and just waiting for the time to strike 6.00pm.
Aku dah takde lunch partner so agak bosan. Keluar gak la dgn staff sendiri. So tak leh la nak mengumpat sedangkan lunch time tu le masa sesuai utk let off some steam kan hehe. Dulu breakfast dgn my sis every morning, now aku jumpa dia weekend je bila visit mama/ayah. Lunch selalu dgn bff kat office, now nak jumpa dan bercerita pun payah. But once a week, cuba gak la makan sekali and meet at one place yg paling tengah antara our campus :).
So, I have two choices. Either I complaint about it all the time and be cranky, or I take it positively and prove that I am capable to handle the pressure. Tepuk dada, tanya selera. Saya adalah manusia biasa, bukan robot. Jadi kadang2 aku cranky sampai migraine or kadang2 aku gelak happy-happy and assume it as just another working day.
Will blog about it again in some other posts. Aku macam berazam nak bercerita hari2 lepas ni.. ye lah ko Amy..
If anyone of you readers are interested nak join kelas masakan by brother, here are the details:Date : 19/02/2012 (Sunday)Time : 10.30am - 1.00pmAddress : 9G, 1st Floor, D'Bayu Business Centre, Bukit Jelutong, 40150 Shah AlamMenu : 1) Buttered prawn 2) Dory fish bunga kantan 3) Baby kailan musselsFee : RM100Contact : 019-3209797 and confirm by tomorrow, Friday.Thank you!
Hari ni birthday Mama yang ke 62.
Moga Mama dipanjangkan umur, diberikan kesihatan yang baik dan dimurahkan rezeki. Amin.
Dah call Mama tadi to wish her, lepas keje nanti dinner dgn family. Kat rumah je sebab lepas tu nak tengok Astro Ria. Sebab Abang punya first show is today, Chef Cilik Dumex Dugro. Abang antara panel juri for this 13 episode show. Click here for news on the show.
It will air every Monday, 10pm at Channel 104, Astro Ria.
Sorry lah yer, dah lama tak berupdate alih2 nak meluah emosi. Layankan je la hati yg super sensitive time2 period ni.
It's now 2am and I can't sleep. Besok nak keje..aduih. Zul habis kelas 11pm tadi. Dia sms ckp pegi minum dgn kawan2 kejap. Aku plak tetiba rasa nak koay tiaw goreng malam2 walaupun dah makan nasi 6pm tadi kan. So sms-ed him suruh belikan. Sekali dia balik lenggang kangkung, confirm tak baca ler sms. Benda kecik je, dia lupa. But I went into the room and cried. He apologized..and aku bleh tanya "Kalau kita ada anak, mesti awak sayang saya lebih sket kan?" Teruk sensitive aku ni. Aku rasa aku ni tgh pendam kesedihan sorang2 pastu bila ada trigger button (yg takde kena mengena pun) terus je banjir kan.
Tah naper lately aku cam memikir2 sgt pasal anak. Terngiang2 kat telinga or bila baca status kawan2 bersalin, sure ada ayat macam 'Congrats on your newborn..dah lengkap hidup sebagai wanita'..nothing wrong pun. Tapi aku macam cakap kat diri sendiri, 'Hidup ko tak lengkap lagi Amy, ko takde anak' or 'Mesti Zul akan lebih sayang aku kalau aku ada anak'. Worst would be 'Anytime je dia bleh minta mak dia cari pompuan lain supaya dia ada zuriat'. Psycho kan?
Sometimes I wish people stop asking me sebab aku dah letih jawab for 9 years.Stop asking, stop suggesting, can we talk about something else? Hopefully aku tak terjebak membuat perangai malas berjumpa kawan2 sebab nak mengelak soalan cepumas. Janganlah sampai ke peringkat itu.
Tu belum campur aku psycho ingat org akan judge aku if aku beli kereta baru. Yelah, macam eh dia ni dari spend duit beli kereta baru baik guna duit tu buat IVF, dapatkan zuriat. Tapi kereta dah bukan kategori luxury item utk aku, dah jadi necessity sbb condition Iswara yang dah 11 tahun tu..azabb nak menanggung dah.
Kat office pun berduyun2 orang bersalin dan pregnant..maka topic perbualan memang takde lain..siap borak tahun bila nak plan, tahun bila nak anak lagi, nanti sunyi if anak sorang je. Time tu aku mesti macam diam and buat keje je sebab tak reti nak mencelah kut mana dah. Tak reti nak menyampuk apa. And sempat gak psycho diri sendiri "Ko tu Amy dah nak masuk 35, anak takde lagi, confirm la tua nanti lagi sunyi weh". Pastu aku bukak lagu dan paksa minda aku untuk menyanyi dalam hati. :)
I know I should count my blessings, I know Allah has better plan for me/us. Aku cuma doa Tuhan kurniakan lah zuriat pada kami agar kami tidak kesunyian meniti hari tua dan kuatkanlah jodoh kami, tambahkan kasih sayang antara kami, tetapkanlah iman kami supaya tidak tergugat dengan ujian ini. Aminnnnn.
February 2001 - 11 years ago masa baru nak kawan-kawan
Ok, plannya ialah mengupdate blog supaya kurang bengkak di mata lepas nangis tadi tapi nampaknya makin teruk. I need to go to sleep.