Tuesday, December 04, 2007

The weekend

Ada sedikit basi tapi citer je la untuk update blog. Nanti tak update 2-3 hari, itu kawan sure call punya takut saya tak sihat. I lap you Ros! Heheheh..

Some of the funny (READ : Funny for me ok?) things that happened for the past few days:

- Last week masa bawak B gi panel clinic. Clerk minta panel card, B bawak kuar kad nikah dgn confidentnya. Tergelak2 budak tu, aku..? Lagi la rasa nak tergolek2 kat situ, siap pegi duduk atas kerusi sambung gelak kat dia..bleh dak? Apa ke halnya bawa kuar kad nikah. Muka B yg tak putih tu pun nampak merah padam..hahahha *saja gelak bagi panjang sket sebab tahu dia sure baca nanti*..aku cakap kat dia "Kalau kita ni baru kahwin seminggu, org paham le kut awak ni macam ngada nak tunjuk kad nikah..ni dah 4 tawunnnnnnnnnnnnnn la..dah basi!" *sambung gelak*

- Jumaat lepas, pegi beli lunch untuk Tiyah sebelum pegi keje. Dah minta duit kecik siap2 kat B sbb tahu nak bayar tol nanti. Dlm purse semua duit RM50. Nasi RM5.50..duit kecik aku ngam2 ada dlm RM6..kalau aku guna duit kecik, nanti kat toll, kena hulur RM50, segan ah. So, aku hulur RM50 kat cashier, soalan biasa "Takde duit kecik ke?" Dgn muka brutal aku jawab "Takde". Rupanya mamat yg beratur depan aku pun hulur RM50 gak. Lepas cashier dah bagi duit baki kat mamat tu, cashier tu kata la dia dah takde duit kecik. Dlm hati aku cam cakap gak ah "Eh, pegi la tukar dgn kedai sebelah ke apa ke.." Tup-tup mamat depan ni cakap "Takpelah, saya bayarkan dia punya sekali.." Segannya aku, so aku pun menolak la tapi he insist on paying for me. Rasa bersalah le plak, aku cakap terima kasih pastu aku blah pegi kedai sebelah. Keluar dari kedai sebelah, mamat tu ada lagi dlm kereta dia..erkk terus aku jalan laju2 and berambus. Huhuhu makan free adik aku hari tu. Moral of the story, kalau nak orang bayarkan sila bawa duit besar2 :D. Anyway, bless that guy. Moga makin dimurahkan rezeki :)

- Semalam, lunch. Tiyah nak makan KFC. Kan fast food ni kat cash register dia ada macam tulis nama org yg melayan kita. So, it was displayed as "I'm Saya". Oh nama dia Saya..Tiyah tengok muka aku dok senyum2 dia tahu dah aku sure nak mengarut. I told her "Cuba ko bayangkan. Kalau org tanya dia :Nama awak siapa. Dia jawab Saya. Mesti org tu bengang and cakap :Ye la awak la, nama apa? and she will still answer Saya.." siap dgn berlakon2 lagi. Hik hikkk..

Update yg tak funny :

- Last Saturday pi tengok Enchanted. Ok, not bad. Kelakar and romantic. But this time terpaksa tengok kat T*GV sbb dah terlepas showtime G*SC and takmo terlepas Asar. T*GV tengah renovate, sungguh tak best keadaannya and the worst thing no popcorn coz of the renovation...blerghh. Aku dah cuba booking online G*SC tu tapi memanjang webpage tak bleh bukak dgn alasan "too many user" bleh? Booohoooo..I think you should do something about your website la..

- B have another checkup this coming Thursday. Serbuk besi semua dah kuar tapi mata hitam dia ada luka sket due to the incident. That's why kena ada follow up. Hmmm, I hope everything's ok. He's back to work today

- Kereta dia belum siap. Maybe next week baru siap. Aduih la, ingat dapat hidup senang sket bila dah habis bayar keta, parah lagi ada la bulan ni. So, no year end shopping, kena tight budget sket. Tapi takpe, kita hadapi sama2 ek B? Susah senang bersama kata orang kan? Tapi saya rasa macam nak beli tudung baru banyak2 la..camner..hik hik..:D

- Been working harder than usual (how much harder lagi la) sbb kalau bleh nak cuti full blast from Raya Haji till New Year. So, nak siapkan apa2 yg patut. I'm forecasting that I'll be at work even on Saturdays - bersungguh ni :)

- Rindu kat Adam.. hari ni when I feel like visiting him, dia tido plak bila aku sampai rumah abang. Aiseh, puas geletek kaki dia tak bangun2 ok? Lena sungguh. Well, in few more days insyallah my sister in law will give birth for the second child. Adam akan jadi abang, abang long. I can't wait. I like the name that Intan had chosen for the baby, will reveal bila semua dah selamat ok? And of course, with lots of pictures. Aku kan mak sedara yg obsess..hehehe.

Signing off. Till later. Bosan sungguh aku tengok post ni sbb takde gambar menarik la nak letak. :D


11 comments:

Cik Ros said...

simpan2 lah kad nikah tu. tak de nyer org nak cekup :)

Amy said...

Rosnah - Muahahha, kad tu kan selalu ada dlm wallet. Camner tah dia bleh bawa kuar kad tu instead of kad klinik. Tak larat nak gelak kat dia hihihiih

Anonymous said...

Amy,
Hari tu aku kasi kad Mesra Real reward tu instead of ING, hahahha sebab same kaler oren..aku pon bakal dapat anak buah baru nanti.yippie..

Zetty said...

kau ni memang suka bekerja keras la beb.

Nomee said...

Ada skali aku gi Parkson, kat cashier counter aku dgn confident bagi JUSCO card. When she returnd it to me, aku siap boleh angin lak "Apesal dik?". Cashier jawab, "Kat sini takleh guna JUSCO card kak". Alahai...

ajezack said...

lawakla kakak.. kad kawin tu.. sakit perut aku yg pakai girdle ni gelak kuat2..hehehehe

Amy said...

Anon - Tu la, kad sekarang ni pelbagai warna.. eh, siapa ni ah? Sandra ke?

Zetty - December nanti aku cuti panjang. Jom IKEA? Ke nak pegi tugu negara macam Zal dgn Cik Pijah? :D

Nomee - Muahahah sure ko tersenyum kelat time tu kan? Aku pernah gak terhulur kad mesra, tapi aku kat Shell time tuh hik hik..

Aje - Sakit tu weh pakai girdle. Hik hik..

Drama Div@ said...

jom la gi lepak jln2 around kl, bgnan abdul samad tu ker? tapi memang kena gi pepagi, panas beb...

Anonymous said...

Amy,
hahah lupe lak.. yang anon itu aku ler.. arena

dillazag said...

Amy, aku pun cuti teramatla panjangnya... 21 januari baru masuk opis. Bila IKEA tu jangan lupa gue, okies? lagi 2 minggu habis pantang. Yippee!!!Bila ko nak datang jumpa baby ni???

Amy said...

Zal - Bangunan Sultan Abdul samad? Bior benar ko nih.. lepak Dataran Merdeka sekali ah tengok mat rempit muahahah sure Cik Pijah nak ikut :D

Che Na - Ko memang! Lenkali taruk ah nickname kat situ beb..

Kak Dills - Ko tu dah kira cuti lain ok? Weh lagi 2 minggu habis pantang? cepat gila kan masa berlalu. Insyallah kak kalau cukup korum IKEA akan diwar-warkan seperti biasa (dan last minute notice seperti biasa! Biasala geng TEKBES maaa). Bila ek aku nak gi? Ros dah pegi belum? Nak gi sesama ah..aku nak cubit pipi khaleeq bleh dak?