Saturday, February 11, 2012

This is the PMS talking

Sorry lah yer, dah lama tak berupdate alih2 nak meluah emosi. Layankan je la hati yg super sensitive time2 period ni.

It's now 2am and I can't sleep. Besok nak keje..aduih. Zul habis kelas 11pm tadi. Dia sms ckp pegi minum dgn kawan2 kejap. Aku plak tetiba rasa nak koay tiaw goreng malam2 walaupun dah makan nasi 6pm tadi kan. So sms-ed him suruh belikan. Sekali dia balik lenggang kangkung, confirm tak baca ler sms. Benda kecik je, dia lupa. But I went into the room and cried. He apologized..and aku bleh tanya "Kalau kita ada anak, mesti awak sayang saya lebih sket kan?" Teruk sensitive aku ni. Aku rasa aku ni tgh pendam kesedihan sorang2 pastu bila ada trigger button (yg takde kena mengena pun) terus je banjir kan.

Tah naper lately aku cam memikir2 sgt pasal anak. Terngiang2 kat telinga or bila baca status kawan2 bersalin, sure ada ayat macam 'Congrats on your newborn..dah lengkap hidup sebagai wanita'..nothing wrong pun. Tapi aku macam cakap kat diri sendiri, 'Hidup ko tak lengkap lagi Amy, ko takde anak' or 'Mesti Zul akan lebih sayang aku kalau aku ada anak'. Worst would be 'Anytime je dia bleh minta mak dia cari pompuan lain supaya dia ada zuriat'. Psycho kan?

Sometimes I wish people stop asking me sebab aku dah letih jawab for 9 years.Stop asking, stop suggesting, can we talk about something else? Hopefully aku tak terjebak membuat perangai malas berjumpa kawan2 sebab nak mengelak soalan cepumas. Janganlah sampai ke peringkat itu.

Tu belum campur aku psycho ingat org akan judge aku if aku beli kereta baru. Yelah, macam eh dia ni dari spend duit beli kereta baru baik guna duit tu buat IVF, dapatkan zuriat. Tapi kereta dah bukan kategori luxury item utk aku, dah jadi necessity sbb condition Iswara yang dah 11 tahun tu..azabb nak menanggung dah.

Kat office pun berduyun2 orang bersalin dan pregnant..maka topic perbualan memang takde lain..siap borak tahun bila nak plan, tahun bila nak anak lagi, nanti sunyi if anak sorang je. Time tu aku mesti macam diam and buat keje je sebab tak reti nak mencelah kut mana dah. Tak reti nak menyampuk apa. And sempat gak psycho diri sendiri "Ko tu Amy dah nak masuk 35, anak takde lagi, confirm la tua nanti lagi sunyi weh". Pastu aku bukak lagu dan paksa minda aku untuk menyanyi dalam hati. :)

I know I should count my blessings, I know Allah has better plan for me/us. Aku cuma doa Tuhan kurniakan lah zuriat pada kami agar kami tidak kesunyian meniti hari tua dan kuatkanlah jodoh kami, tambahkan kasih sayang antara kami, tetapkanlah iman kami supaya tidak tergugat dengan ujian ini. Aminnnnn.






February 2001 - 11 years ago masa baru nak kawan-kawan

Ok, plannya ialah mengupdate blog supaya kurang bengkak di mata lepas nangis tadi tapi nampaknya makin teruk. I need to go to sleep.

11 comments:

zaffira said...

Mata I bergenang dengan air mata baca...tabahkan hati kak amy, Allah knows the best untuk hambaNYA. InsyaAllah ade rezeki nanti..

Amy said...

Alahhh, kak amy dah nangis lagi ni. :((.Orang yang tidak pernah melaluinya tidak akan tahu what it feels like to be insecure about yourself, to not feel complete even mempunyai suami dan family yg sgt sayang kat kak amy. I felt like an abnormal person. Sebab tu bila cam ada misunderstanding dgn abg zul pun, gua jadi sensitif lebih lepas tu sbb mcm ckp kat diri sendiri "Kalau ada anak, bleh gak layan2 anak kasi hilang sedih/merajuk". :)

nadya.s said...

sabar Amy. i heart you and can feel a little if not 100% in your shue. hugs babe.

aku pun stress. penat nak jawab soalan bila aku nak sampai jodoh.. ken usaha lebih, etc. ye lah, pada mata diorang, mesti something wrong dgn aku ni sbb separuh iman pun belom complete and umuh dah 33thn.

aku setuju bab kereta. kot sampai masa kena tukar.. kereta tu lebih penting dari IVF. kalau dah bagi headache, mmg kena upgrade.

i think your hubby love you more than anything.. you're much luckier then me, sbb kau ada seseorang suami. aku kucing pun xde la ni!... hehehe!

Take care babe. anything., im here k..kalau nak berPMS bersama2.

Amy said...

Nad - Thanks..didn't mean to bring you down too, babe. Kind of rasa nak luah emosi. *wipe tears* Tah kenapa sometimes aku rasa macam kena explain myself padahal suka hati aku la kan nak buat apa. Giler kritikal dah keta tu beb, nak bawak org pun malu dlm keta tu :)

Silent Scribbler said...

Salam kak amy... Big hug for you! I know what you mean. I pun selalu kene terjah dgn orang kat sini kenapa takde anak. Siap cakap i selfish tak nak beranak & banding dgn orang yang kawin lagi lambat dari i, tapi dah dapat anak. Itu kan rezeki ye kak... I pray that you will have your own bundle of joy soon, Amin...

Arena said...

Amy,

No one knows how you feel more than I do. Chewwaahh. Yelah aku dah celebrate 9th years anniversary kan. Berdua jek. Most of the time aku rasa ok. Ada masa2 aku down jugak. Masa tengah down tu aku layan jek nak emo ke nak nangis ke nak rasa insecure and self pity. Tapi lepas tu aku pick myself up and move onlah. Takpelah Amy orang yang ramai anak tu adalah challanges dia pulak kan. Aku dgn ko Allah bagi husband yg baik dan sayang kita kan. Tak semua orang dapat tu. Family kita supportive kan. Family in laws errrr hahahah, tu debatable sikit. AKu kadang2 kurang bersosial sikit sebab aku malas nak layan soalan2 orang. Bosan2..Takdelah tak bersosial langsung, tapi kurang lah.

Tang beli kereta tu hishh, lempang jek sape banyak mulut. tak yah nak pikir ngarut2. Kalaun ko tersadai tepi jalan yang banyak mulut tu nak gi tolong dan pick up ko ke? Zul dan family ko jugak yg tolong kan. So ko beli jelah. Aku ni siap travel merata lagi. Malas nak peduli sangat. Hahaha. Kang deprive ourselves everything just becoz nak buat ivf, stress kalu, tak guna gaks kan. Ok dah jangan sedih2. Tenang2 jek ok.. **hugs**

Amy said...

Hugs sha dgn che na ketat2..tq for the encouraging words. I wish people see me beyond my 'no-child' issue. Jgn la asyik teringat benda tu je bila nampak muka aku. Aku dah 'letih'.

JueOny said...

zaman skang pun still ada gak org camni kan... **hugs**
manusia jgn bertindak spt lebih tahu dgn perancangan Allah swt. kita brusaha sekadar termampu dan Allah jua yg mengizinkannya. beli kereta baru pun adalah ketentuanNya krn Allah yg gerakkan minda kita utk membuat apa2 keputusan kan. Ujian besaq buatmu Amy, sesunguhnya Allah amat sygkan u n hanya org yg tabah saja yg boleh menghadapi ujian Allah ini. Terus berdoa n meminta dariNya
Insya Allah ujian Allah ada nikmat dan hikmahnya. Luv u beb mmuuaahhh!

JueOny said...

zaman skang pun still ada gak org camni kan... **hugs**
manusia jgn bertindak spt lebih tahu dgn perancangan Allah swt. kita brusaha sekadar termampu dan Allah jua yg mengizinkannya. beli kereta baru pun adalah ketentuanNya krn Allah yg gerakkan minda kita utk membuat apa2 keputusan kan. Ujian besaq buatmu Amy, sesunguhnya Allah amat sygkan u n hanya org yg tabah saja yg boleh menghadapi ujian Allah ini. Terus berdoa n meminta dariNya
Insya Allah ujian Allah ada nikmat dan hikmahnya. Luv u beb mmuuaahhh!

nadya.s said...

aku tak down babe, jgn susah hati! :) aku paham perasan kau and rasa cam nak kaki2-kan org yg mulut laju dari otak ni. haha!., jenis yg tanya soalan2 sensitif sbb rasa diri hebat sgt. Anak, jodoh dan mati, semua tulisan Allah kepada setiap manusia.

Sabar and cheer up okay. you're bless to hv Zul, ( yg nak kena piaw..sbb lupa beli makanan tu..haisshh!..hihihih) yg ekcelli sayang kau banyaakkk sgt. Im bless to have awesome friends (like you and a handful more) yg supportive and parents +family yg best, yg buat aku alpha nak cari sorang laki utk diri aku..hihihih!....

cheer up k. bila Allah cakap sampai masa kita timang anak, or jumpa jodoh, maka akan jadilah ia. sementara tu - SILA UPGRADE kereta andaaa.. dan utk aku, Sila menabung ayam balik utk next project 'traveling' :D *hugs*

Amy said...

Jue & Nad - Thanks korang. It meant a lot to me that you took your time to put your encouraging words here. Love you all too.