Thursday, September 06, 2012

Randomness..again

Cerita-cerita rojak je lah. Cerita dari last two Sundays, giler backdated. Hehe. Zul kena demam panas Ahad mlm tu tapi tak seteruk macam January ari tu. Aku macam biasa, tetap cuak. Balik dari rumah Mama nak ke Bkt Jalil tu aku yg drive since dia dah weak sgt. Berenti tepi jalan dua kali sebab dia muntah air, minum byk sgt.

Then Selasa aku plak dah start batuk2, Rabu tu tak tahan dah. Aku gagahkan diri gi office sbb memang ada benda kena settle pastu tengahari terus half day pegi clinic and dpt half day tu je lah. Thought I was getting better tapi Rabu midnight sampai Khamis 3-4am tu memang aching je badan rasa. Lower back sgt sakit. Kepala pun ting tong sesangat memang nak minta jab je. 5am Zul bawa aku kuar cari klinik 24 jam. Bapak punya susah ok area rumah aku ni nak ada clinic 24 hours. Pusing punya pusing sampai ke Equine Park baru jumpa satu clinic. Had to wait a while utk nurse tu kejutkan doctor. Sampai2 tu mmg aku dah duduk terus, Zul yg pegang medical card dgn IC aku. Aku dah baper bulan dok berlengah2 nak pegi clinic minta referral letter nak gi check backpain aku ni sbb simptom sama je dgn colleagues2 yg kena slip disc :(. Bahagian tulang punggung tu sakit betul kalau duduk lama. Nak bangun dari kerusi pun sakit.

Jadi aku pikir minta je la siap2 referral letter doc ni maybe besok (khamis) aku nak gi la hospital buat check up terus. Sekali? Memang tidak terduga. Aku masuk bilik sorang. Doc tu memang tenyeh2 mata la baru bangun tido macam tak baper welcome ler. Tanya aku sakit apa. So aku ckp la belakang ni rasa sakit sangat bahagian punggung and kepala aku migraine and aku nak minta jab sbb tak bleh tahan dah. Dia suruh aku bangun and berjalan keliling bilik tu. Pastu dia kata apa tau? "You don't seem to be sick, you can still walk and sit. Kalau org sakit belakang, jalan pun dah terketar2". Wth doc ni?? Aku cakap la "saya betul2 sakit, nak tido pun tak boleh". Then dia suruh aku bangun dan jalan lagi! Pastu dia ckp la dia bagi aku pain killer and ubat sapu. Terus mati nafsu aku nak minta referral letter. Aku mintak kat clinic biasa aku pegi time siang je la.

Then before I walk out, dia tanya "You nak MC ke?" Duh, kalau dah 5.30am aku pegi clinic ko rasanya aku larat ke nak keje. Tapi aku control and said "Kalau boleh saya nak rehat la sebab sakit, semalam pun saya half day MC je". And he ask me to walk around again! Then dia kata "Sepatutnya you boleh keje, jgn selalu sangat nak MC"..wahhhh, aku just kata "If you think I'm fit to go to work, then I'll go" walaupun dlm fikiran aku time tu, kalau ko tak bagi MC, aku bagitau je dgn boss aku yg aku nak ambik replacement leave sbb tak dapat MC. Gasak la.

Keluar je dari clinic, tengok muka Zul mata aku dah berair. Aku minta kunci keta terus masuk tunggu dlm keta. Zul yg ambikkan ubat segala. Bagi juga la MC akhirnya. Aku terkilan siot..tau naper? For the year of 2012, aku hanya MC sekali in January, sehari je then 1/2 day MC yg August ni. Org lain sehingga September ni je pun dah cecah 14 hari ok, jenis dpt MC demam, sakit kepala, sakit belakang bagai..apakahh? Come on la, don't just make generalization konon every patient dtg just nak MC hanya kerana ni panel clinic? Naper diaorg ni takde database eh to check. Contohnya aku under Pantai. Tak bleh ke bagi access to these authorized clinics, where taruk je IC number, ko bleh tengok history dia under panel tu. So tak kira clinic mana dia pegi, ko still bleh detect medical history dia especially MC-MC dan ubat2 yg pernah dikeluarkan utk patient tu. Then baru lah ko boleh nak doubt org tu genuine mmg sakit or jenis tetiap bulan nak MC? It would also be a better control measurement for the employer utk monitor staff dia kan?

Memang takkan ku pergi dah clinic tu. Menyakitkan hati. Ok la, kata entry randomness nak bercerita rojak2, akhirnya jadi satu citer je. :P Besoklah sambung citer backdated entry yg lain plak. See ya!

10 comments:

Arena said...

Macam haram punya doc. Kalau tak sakiy xde der nak gi klinik pepagi buter gitu, bengong. Wei pegi amek ref letter tu ok. Jgn tangguh. Kita ni jenis fragile. Kang teruk dah tersadai kat hosp lagi haru. Take care ok. Work can wait.

Amy said...

Middle name dia ada 'liat'. Chinese kan nama dia ada tiga. Bila aku tengok balik mc tu aku ckp dlm hati "padan la liat benar nak bagi mc". Aku pernah gak kena tarbiyah dgn sorang doc tya dedulu just bcoz aku minta ubat yg stronger. Dia kata jgn ingat coz ubat free dari company u can just demand. Ehh dia ni. Aku heran staff2 aku ni g klinik mana senang benor dpt mc n every month dpt lak tu.. Camner berlakon tak tau.

Amy said...

Bukan ke bagus that i want to get better faster n bleh keje balik dari dok off on sakit n riding on 14-days-mc-allocation tu. Pfttt. Mostly doc2 yg aku encounter ok je even if aku jumpa for consultation nak ubat je pun siap offer nak bagi mc suruh rest tapi doc2 seperti kes di atas buat aku bengang sbb aku genuinely sakittt.

aisha said...

sian akak... meh sini peluk2...

Anonymous said...

mediv*on ke kak amy?

Amy said...

*hugs aisha*
Ya - bukan. Alahh dekat dgn roundabout before jusco equine tu. Tak bleh blah.

Nomee said...

kau dah ok ke? Dapat referral letter tak? Dah gi sepital?

Amy said...

Ok dah tapi kalau duduk lelama sakit. Belum minta. Belum pegi *larikkk*

Amy said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Unknown said...

Salam cik amy. Cam ada tanda slip disc. Bahaya kalau tunggu lama. sy cadangkan cik amy cuba produk SNE. Sy br balik dr majlis utk testimoni pengguna saya yang slip disc tapi alhamdulillah dah sembuh sepenuhnya lps makan SNE. Jgn biar penyakit berlarutan dan jgn sekali putus usaha cik amy. Call me di blog. Wslm