Wednesday, October 03, 2012

Demam Adam dan Hawa..Lagi

Malam ni Adam & Hawa masuk episod 23. Scene di Mekah.. memang tak sabar nak tengok :).

Semalam nampak dlm wall FB Adam & Hawa ramai gak la meroyan sbb kat online belum upload lagi episod 21 (Monday punya siaran). Normally by midnight dah upload dah. Aku pun panasaran gak la menunggu sbb Isnin malam tu tido rumah mama coz semalam nak gi check alarm kereta aku kat Toyota. Sambil sembang2 dgn Zul tu aku dok click2 la url yg selalu aku bukak if aku miss nak tengok kat Beyond. Takde gak. Gigih ni kunci jam 6am, takde gakkk. Grrrr. Rupanya mmg tak upload lagi. 

Masa kat Toyota pun aku check2 lagik. Then whatsapp dgn lagi sorang kawan yg tegar tengok Adam & Hawa jugak, si Kodeng hihi. Aku selesai kat Toyota tu around 1pm then singgah balik rumah mama kemas2 baju then aku balik Bkt Jalil. Pukul 5pm aku mmg tau ada ulangan kat channel 134. Tunggu ler tengok. Puas hati haha. Then rupanya 6pm baru download. Barulah lega hati pompuan2 di Malaysia, Singapore dan Brunei :P.

Just for your reference and my reference too, below are the url links yg selalu akan load citer tu.


dramaonlineuntukanda.blogspot.com  (kacak ok blog ownernya, org Singapore hehe)

Enjoyy! Bila dah scene Mekah ni, mula la teringat scene sendiri di Mekah tahun 2007.

"The journey was...MAGICAL. That is the best word to describe the whole experience. We went to Madinah for 4 days and 3 nights and spend another 10 days 9 nights in Mekah. Masjid Nabawi and Masjidil Haram menjadi saksi cinta kami, I felt so much in love with Zul.. I felt well protected..I felt calm, nothing else matters. Moga Allah memperkenankan doa-doa dan impian kami berdua yg kami bisikkan tanpa jemu di depan Kaabah.. dan moga Allah panjangkan jodoh kami berdua ke akhir hayat kerana sesungguhnya aku amat mencintai lelaki ini.. lelaki yg telah botak ini..:D " - October 2007

Walaupun Allah belum memperkenankan that one doa yang kami bisikkan dulu, aku bersyukur kerana diperkenankan doa2 yang lain. Moga Kau merahmati dan memperkenankan doa kami yg satu itu, Ya Allah. Amin

4 comments:

Mas Rahim said...

argh suka2 hehehehe mmg nightmare arr takut drg x upload aritu;-) pastu awal plak upload...everyday kul 5.30 am sure terjaga n cari adam hawa...then ngadap pagi2 buta tu..sampai subuh..pas tu tidoq balik hihihihi sayunyu tgh episod 23, part kat madinah tu...eee tingin nak p sana balik;-)) mana tau jumpa ADAM kan kan heheh

Amy said...

Kan? Yg tinggi dan hensem lak tu haha. Insyallah aku doakan ada rezeki kita pegi sana. Mmg best bila teringat pegi sana, buat umrah dgn Zul, dating2 dgn Zul (sbb tak duduk sebilik). Rasa macam bercinta gitu :P

Munie Mustafa said...

betui Amy kawan aku pun ckp mcm tu ..bila pi mekah rasa mcm bercinta balik ngan husband ..rasa syok sangat ..insyaallah nanti aku pun nak kesana ngan husband...

Amy said...

Munie - Tu la if ada rezeki pegi la dgn husband. Aku sbb tak duduk sebilik kan so jumpa pagi2 bila nak breakfast and malam2 lepas terawih sure dating pegi makan aiskrim or jln2 tawaf kedai hehe. Ada jugak lepas Zohor tgh jln balik ke hotel dgn kawan sebilik, ada org cuit2 dari belakang rupanya Zul. Huii rasa di awangan je. And macam dlm Adam dan Hawa tu, bila Zul berdoa sebelah aku, aku rasa bahagia sgt. And rasa dilindungi bila jalan ramai2, dia pegang aku takut kena langgar. :)