Wednesday, December 13, 2006

Final - The Wedding Day

Ni finale yek..takmo jiwang2 dah :P kepala tengah serabut nih Auditor nak datang besok and lusa. isKK dah baper hari aku balik keje malam niH. Semalam pun dah kena sound dlm phone:

Me : B, malam ni saya balik lambat tau

B : Balik lambat? 9pm ke?

Me : Apa 9pm plak, opis pun tutup kul 8pm

B : Abis kata balik lambat... setakat 8pm tu normal apa?


OucHH..! Pedas nya kena perli ..takpe, takpe. Ada lori ada bas, lain hari bleh balas :P

With the flower girls, from left Afiqah (cousin), me, nieces Afrina and Alissa

Ok..wedding day - 14 December 2003. Bangun pagi senyum2 sambil ngintai2 rumah depan tapi tak nampak pun B. Hari ni cam dah relaks la sket..kul 11am start make up.. org pun start datang dlm 12pm, rombongan pengantin lelaki akan start 1.30pm lepas Zohor. Masa tengah mekap tu, aku dengar budak2 muzik tu pasang lagu dangdut, sempat lagi call abang aku yg kat bawah time tu suruh dia make sure "No deejay talking at all, just music throughout and please, no dangdut songs, no tangkap leleh malay group songs, spoon ke scoin ke whatever coin la" Gelak jek abang aku, banyak sungguh cengkadak pengantin ni.

Kawan2 ramai dah start sampai and masuk bilik pengantin. Ramai la, dari old schoolmates, bebudak PPP, my office colleagues, cyber friends..90% of the invited guests came. Happy sangat jumpa diaorg walaupun aku tak sempat nak layan sangat. Mama ngan ayah pun happy sbb almost all kawan2 lama turn up and saudara mara banyak datang dari Perlis. Rasa macam mini reunion. Ada kawan2 yg datang lepas kenduri habis, lepas sembahyang baru aku layan diaorg, dah takde makeup di muka dah time tu. Malam pun ada lagik kawan2 yg datang.

You maybe asking why the theme color is purple? Well, it's one of my favorite colors, sebelum bertunang aku dah memang set mind nak a purple color wedding theme. Suka! And terharu bila all my relatives yg tolong hari tu semua pakai purple color baju kurung and baju melayu..even kawan2 mama dari Perlis yg tolong tu.

Masa aku nak turun sambut rombongan pengantin lelaki, aku rasa tak sedap hati tapi tak tahu kenapa. Then mama pun rasa cam something wrong, nampak aku cam tak complete. Lepas dah habis wedding, time session bergambar kat bilik pengantin, photographer tanya "Takde bunga ke nak pegang?" Ler, rupanya tadik time aku berarak dgn hubby, aku lupa keluarkan hand bouquet dari almari, patutla mama kata nampak 'kosong' jek bila aku jalan, eheheh tak pegang bunga rupanya.. dah la that was one of the first things yg mama gubah untuk aku. Hehehe dah habis kenduri baru ambik gambar dgn hand bouquet.









Above : Left - Mama ngan ayah and on the right, B's whole family

All in all, it's a happy day for me..happy sebab majlis dah selesai and happy sebab manyaKknyerrrrrr dapat presents. Ha, gambar yg korang tengok,kena ingat yg it was 3 years back. Kitaorg sama2 dah membesar bagai johan.. B had actually gained another 12 kg after 2 years of marriage..aku suka sbb dulu dia kurus and now he's huggable :P
After 12 more kg eheheh

Okey habis dah episod2 jiwang..gambar2 adalah courtesy from Myza and from my personal collection.

6 comments:

intan said...

Amy serious body ngko time kahwin tu cam canteekkk ngko diet ker ngko gi marie france...memang ngko vogue tapi apa pun aku rasa mama gak yamag maintain jeliteee soryy beb ngko tetap kalah

zeedayazid said...

HAPPY HAPPY HAPPY ANNIVERSARYYYYYYYYYYYYYYYYYYYY!!!

alhamdulillah la ko dah sampai 3 tawun kawin.. aku ni tak setawun jagung pun lagik ihik ihik susahnyaaa nak catch up...

anyway, i wish u all the best and may u be married to ur B till death do u part (hehe) - sampai ke anak cucu ok! kita peknan sama2 la Amy, next year ok! makanlah jamu Herba Dara Semula. many of my frens hv testified that it works after long time trying.. kalau nak, email aku k (zeedayazid@gmail.com). i can give u some info.

Melanie said...

Selamat Ulang tahun! Tak buat party ke? Hehe. Nak hadiah ke? Cepat antar sms dan request. Gua tgh kaya ni.
Saya doakan semoga kak amy still maintain dan kekedikk menyerap segala2 daging yg ada.. AMin!!

Muahahahaha.. sila antarkan sms dgn segera!

Amy said...

Intan - heheh sioT! Mama aku mmg la lawa, tak dapat disangkal lagik. Nak buat camner aku dapat genetik ayah aku banyak, mata dia, bibir dia, perangai aku pun macam ayah aku. Bak kata mama "Photostat copy!" Huhuuhu

Zied - Thanks for the wish dear. Hey, tak yah catch up, enjoy what u have now eheheh. Pasal peknan tu, hihi best la ek kalau sesama dpt next year, insyallah kalau Tuhan nak bagi aku rezeki tawun depan. Jamu Herba Dara Semula? Uik cam kinky jek bunyik? Heheh ok will email u soon :P

Mel - U owe me McDonalds maaa. Ni kaya dapat bonus eh? Iskk jeles.

aishah said...

amy.. eppy aniversary.. korang nampak cun gitu + berseri2.

Amy said...

Aishah..mekasih daun keladi..nanti puji la lagik *hik hik* tak malu!