Aku speechless. I took the excerpts here :
Apa dosa bayi perempuan ini?
Oleh Rizanizam Abdul Hamid pengarang@utusan.com.myMELAKA 10 Feb. – Mungkin kehadirannya ke dunia ini tidak diingini. Namun perlukah bayi yang tidak berdosa ini diperlakukan sedemikian rupa?
Tidak dapat dibayangkan ada orang yang tergamak meninggalkan bayi yang masih bertali pusat di atas lantai di tepi pintu pagar sebuah masjid di sini.
Tidak diketahui sama ada ada bayi itu masih bernyawa ketika ditinggalkan di situ. Apa yang pasti, badannya dihurungi semut sewaktu ditemui. Dan bayi itu tidak lagi bernyawa.
Tidak ada manusia waras tergamak memperlakukan sedemikian. Namun itulah yang berlaku terhadap bayi perempuan ini.
Siri kekejaman terhadap bayi yang kelahirannya tidak dikehendaki nampaknya semakin menjadi-jadi dan seolah-olah tiada penamatnya.
Sudah tiga hari berturut-turut kes yang hampir sama berlaku. Kelmarin, mayat bayi perempuan ditemui tertanam di Bukit Mertajam, Pulau Pinang dan semalam, seorang bayi ditinggalkan di hadapan rumah seorang pegawai polis di Kedah.
Penemuan terbaru awal pagi ini, cukup mengejutkan seluruh penduduk Kampung Permatang Duyong di sini.
Ketika ditemui, bayi yang cukup sifat itu hanya dibalut dengan sehelai kain putih.
Bilal masjid yang datang menunaikan solat Subuh merupakan orang pertama menjumpai mayat bayi itu yang pada mulanya disangka gumpalan baju.
Mohamad Abu, 60, berkata, dia ternampak gumpalan kain putih di atas lantai berhampiran pintu pagar kira-kira pukul 5.30 pagi.
“Saya tidak berapa perasan kerana keadaan ketika itu gelap. Saya ingat ia hanya baju putih yang mungkin dibawa angin dan terjatuh di situ.
“Ketika itu, saya tidak mempedulikan kain putih tersebut kerana hendak menunaikan solat Subuh,” katanya ketika ditemui pemberita di Masjid Jamek Permatang Duyong, hari ini.
Sebaik sahaja selesai solat, dia dikejutkan oleh jeritan seorang rakannya yang memberitahu ada mayat bayi perempuan di atas lantai berhampiran pagar masjid.
Mohamad yang bergegas keluar, terkejut apabila melihat mayat bayi yang dibaluti kain putih itu dihurungi semut.
“Saya betul-betul tidak sangka kain putih yang saya lihat tadi rupa-rupanya digunakan untuk membalut bayi,” katanya.
Dia kemudiannya segera menghubungi polis dan memaklumkan mengenai penemuan mayat bayi perempuan di masjid berkenaan.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Salehhudin Abd. Rahman ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut sambil memberitahu, polis sedang berusaha mengesan ibu bapa bayi berkenaan.
“Mayat bayi malang itu dihantar ke Hospital Melaka untuk bedah siasat bagi mengetahui punca kematian.
“Sehingga kini, belum ada tangkapan dilakukan. Siasatan lanjut sedang dijalankan untuk mengesan ibu bapanya termasuk mendapatkan rekod kelahiran daripada hospital dan klinik-klinik kerajaan serta swasta,” katanya.
Tambahnya, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dan menyebabkan kematian.
14 comments:
bodo bangang punya binatang tak de hati perut. nak main pandai, dah branak tak tau nak jaga. kecik2 tak nak mati dah besar buat dosa cenggini.
bodo
-aku yg geram-
Kesian kat budak yang tak bersalah tu... heran ye.. tergamak buat anak sendiri macam tu...
amy.. berita2 cenggini aku mmg tak mau baca.. pasal aku x sanggup. nangis dibuatnye :(
Konot - Aku faham. Hati aku ni lagi la sebak..punya senang Tuhan bagi rezeki kat dia, dia tak kisah pun. Aku ralat sgt kut ye pun nak tinggalkan, letak elok2 bleh dak, ni sampai kena geget..aduih.
Sha - Maybe ada masalah, but why treat the baby like that?
Aishah - Tahu. Sorry tapi tak tertahan dah. Aku bukak online news masa lunchtime tadi. Dekat radio dah dengar pagi tadi tapi tak le terbayang sampai camni budak ni kena :((
Saw it in the papers this morning. Kesian kat baby tu. Dah lo so comel.. Tersiksa mayat kena gigit-gigit macam tu.
Kan akak? I'm so upset la with these people. :(
BTW, babe. You've been tagged!
elok campakkan mak bapak budak ni kat sarang semut api...biar dia pulak kena gigit. pas tu curah lak sebaldi kerengga!
baca brita nih gak...masa tuh hati rasa direntap2 dgn prasaan geram sgt yg amat...memang bodo piang depa yg buang baby comei sgt nih..sian kena gigit semut...bila ank kita digigit sekoq nyamuk pun kita dok cari2 mana nyamuk tuh...inikan lg semut yg byk tuh....nak kata binatang pun xkena coz binatang pun sayang anak gak...nih memang manusia yg bertopeng syaitan lah....isshh siot sungguh la (sorry amy tumpang curah perasaan kat sini).
Zetty and Jue - Yes, we share the same sentiment. Tak tahan dah aku.
Semoga Allah melaknat orang yang bunuh baby. It shows that society these days dah mereng.
OMG tak sampai hati nak tengok. istigfar*
dah la baby tu comel.
kalau taknak bagi la cini.
nak buangbuang pulak ingat sampah ke.
ishkk.
i was thinking..dah penat2 mak bdk ni bring the baby in her tummy for 9m, why lah bila bsalin nk buang? c'mon la takkan in that 9m, no one knew she was preggers? bela jelah or bg la kat sape2 yg sanggup bela. i'm sure ada. kalau x nak sgt2, letaklah elok2 depan pintu rumah sape2 yg berteduh or takde animals to harm it. sampai hati buang gitu?! if letak dpn my doorstep pun rasanya i sanggup bela. ya Allah, may these ppl sedar n repent one day soon..
apa kata kita bior mak bapak dia plak yg di gigit semut kerengga baru padan muka depa...bengong -hiemash-
Post a Comment