Thursday, June 02, 2011

Review of NurKasih and Haruan

So, I'm sure peminat cerita ni dah tengok the movie for the past 2 weeks. Maka, saya buat review la. Khabir Bhatia ni yg aku suka gambar memang cantik la shot2 dia. Jalan cerita, walaupun ada sedikit mende2 tak logic dlm 5-10%, bleh diterima lagi. I think as what Noresh mentioned in her FB, too many things to be compressed in one movie.

Saya bukan la arif pasal movie, this is just my personal opinion. Pada aku, lebih sedih (syahdu) if dia mula citer dgn camner isteri Aidil meninggal, that would have left a bigger impact especially bila bebudak tu sedih2..comel la Mia tu..geram aku. Part paling aku tak suka mestilah bila Adam meninggal. Why oh why? I mean I get the part that he fell sick and all but as the story build up, macam ada harapan nak dpt happy ending sbb masa Adam tenat, kebetulan student dia dermakan jantung lepas dia mati. And Adam nampak ok, pegi ziarah kubur student dia, and tetiba Nur tercari2 Adam and that's it, Adam dah takde. Kijam ok. And terus tunjuk part Nur dah tua.

At least tunjuk la how Adam suffer walaupun dgn jantung baru (eh jantung kan? Lupa plak) and kata2 terakhir dia pada Nur, dah lah baru dpt baby kan after so many times trying. Confirm banjir panggung masa Adam hembuskan nafas terakhir kat sisi Nur, suruh Nur kahwin dgn Aidil ke since Aidil pun dah menduda. Amboihhh aku! Hahah.

Citer2 pasal movie ni, tadi aku dpt email dari gsc yg aku menang contest 'Something Borrowed'. Dpt la novel sebijik..hihi memang itu je hadiah dia pun, bukan la I-Pad bagai kan. Entah2 aku sorang je yg masuk contest tu..contest yg tak payah bagi slogan, scan ticket tengok citer tu, email to GSC and that's it. So simple.

Ok ni aku nak citer what happened tonight. Sapa yg ada FB aku, nampak dah kut gambar ikan haruan yg aku letak. Berjela2 comment, seronok betul gelakkan aku. Si Zul pun bukan main lagi suka! Semalam Zul gi memancing dpt la ikan haruan dua ekor, dia mmg berniat nak simpan hidup2 sebab nak bagi kat biras aku Ahad ni yg akan deliver soon. Aku memang tak berapa dgn ikan haruan ni, makan sbb terpaksa je masa buat tonsil surgery ari tu, tu pun tahan 2 kali je makan pastu takmo dah..So yesterday bila dia bawak balik, dia letak dlm tong gabus putih tu and just tindan dgn botol Softlan aku yg besar.

Bila aku balik keje semalam agak geram la gak sbb aku nak basuh baju and aku tau if aku angkat botol tu confirm dia melompat keluar
(my imagination!). Masa aku dok sidai baju tu pun bukan main rakus dia dok berenang2 dlm tu. Since tak jumpa2 En Zul ni (dia shift mlm this week), aku call dia lepas balik keje tadi ckp he should letak lesung batu, berat la sket rather than botol softlan tu. Dia suruh aku tlg letak. Hell no la kan. Aku takut weh, geli..so dia kata besok je la dia buat nanti.

Lepas dinner, masa aku dok browse2 sambil meniarap depan TV, aku dengar bunyi kuat sgt macam ada benda jatuh. Memang bunyi macam kat belakang dapur je tapi tah apa sengal aku gi jenguk depan, jenguk sebelah..takde apa yg jatuh. Meniarap balik dlm 5 minutes, bunyi lagi kuat, confirm dari dapur! Imagine la dah la duduk sorang2 malam2, tak ke aku ingat ada org cuba pecah rumah dari belakang ke apa. Jenguk2 dapur..ni diaaaa.
Niatnya nak basuh baju dlm bungkusan tu, cancellll.

Aku panik (seperti biasa)..nak angkat ke? Sure slimy uwekk. Kang mati ikan ni camner, nak curah air ke? Basah la dapur akuu! I actually cried beria sbb aku cam takut plus kesian tengok ikan tu bukan main kembang insang dia nak bernapas..haihh, ambik tepon call Zul. 'Saya benci awak tau, dah ckp dah letak benda berat tak letakkk, skarang ikan dah kuar, saya tak nak angkat..i hate you, i hate you' in between tears. Haha..Cuba teka apa dia kata? Confirm la gelakkan aku dulu..pastu dia kata 'Saya balik sekarang'. Padahal dia tengah keje tu. Ada aku kisahhh? Yg buat aku tak senang duduk, ikan tu bleh meliuk2 macam ular dari dinding kiri sampai dinding kanan, sambil bidas2 ekor dia kena almari dapur aku, bergema kuat gak la. Lagi laju la airmata aku hahha.

Dlm nanges tu sempat gak ambik gambar load kat FB. Yes, I'm vain like that. Lagipun aku tahu confirm kawan2 ngutuk aku, saja je nak hiburkan korang (padahal dlm hati 'Isk sampai hati korang gelak kat aku, aku takuttt ni'). Ni lah dia bila gadis bandar berkahwin dgn mamat kampung. Jakun nak pegang ikan hidup pun takut. Try gak panggil jiran sebelah 'Mr Ravi, Mr Ravi' kut dia bleh tolong angkut ikan tu..tapi dah tido kut. 25 minutes later (aku kejap duduk atas sofa, kejap diri tepi pintu ready to run haha) Zul sampai, gelak2kan aku dan dgn senangnya dia cekup ikan tu boh balik dlm tong. This time aku make sure dia letak lesung batu dan periuk besar penuh dgn air atas tong tu.

Stresss tau! Nak gi dapur pun aku seriau. Camner nak masak ni?? (Alasann! Ni je motif utama sebenarnya hehe).

11 comments:

mamacrocs said...

Amy aku baca entry ni sambil tengah gelak part paling best time ngko koll zul cakap I hate u huwaaaaaa aku bet zul memang sengaja pun tinggalkan ikan tu macam tu ;P

Anie said...

Hahahahahaha! Aku taw ko sedih (masa itu!) tapi skang aku rasa, looking back pon ko gelak pecah perut! Adoii! Takleh, takleh kol ko skang mampus satu opis pelik tgk aku gelak cam org gile. Foosaa!

aisha said...

hahaha..akak gambo ni leh letak kat harian metro atau star..
hehehe.. geli la.. apa la en zul ni naya ke akak.. saja la tuh.. nasib ikan tuh tak leh jalan sampai ke ruang tamu...kalu idak, mau akak dok luar pagar..

Konot said...

beb, you are not alone okeh. kalau aku pun confirm nanges!! dulu aku pernah beli keli hidup2 kat carrefour. org tu dah ketuk and patunyer mati la kan.. tapi you know lah.. dah masuk dlm plastic pun asyik menggelepar je ikan tuh. sampai kat cashier, ikan tu menggelepar.. aku melompat, cashier tu pun melompat.. hahaha. end up pakcik security dtg tolong angkatkan ikan tuh!!!

what a scene!!

Amy said...

Intan - Ko memang! Aku nangis beria tau..mmg banyak kali aku ckp, lagi aku ckp lagi dia gelak. Hari ni ikan haruan tu dah kena duduk luar. Padan muka ikan tu, nyakat aku lagi. Seharian zul kat rumah hari ni, tak berbunyi langsung, bleh? Aku balik keje tadi, Zul buka penutup aku tengok senang hati dia dok berenang dua ekor..ces, aku rasa ikan tu ada pakatan.

Mel - Tu ah bila baca comment korang kat sini dan kat FB mmg aku gelak giler..apsal la aku bleh nangis? Was too scared aku rasa sbb tak tau nak wat apa. Kalau ko ada kat rumah aku semlam, ko tlg angkat ke ko tlg jerit sama dgn aku? Jawabbb!

Sha - Saya rasa ikan tu mmg nak buli saya la awakkk. kalau dia sampai kat ruang tamu, akak mmg ambik handphone, kunci pintu, tepon kak zetty suruh dtg ambik, akak gi tido rumah dia haha

Konot - Kan, ko mmg memahami sbb ko scorpio gak. Aku nyampah gak kalau dulu2 ikut mak aku gi pasar beli ikan keli pastu sampai masuk dlm keta dok menggedik lagi dlm plastic aduhai..tension je rasa dlm keta. But keli is not as big as haruan..haruan ni dgn hitam dia, badan licin, aiyooo.

Arena said...

Arghhh kalau aku sure menjerit jerit geli. Errr maybe tak nangis kot hahaha tapi tatau apa nak buat. Tapi akubrasa situasi tu mungkin tak terjadi pada aku, sebab ed pon geli gaks.. Hahahha pakat2 jerit jek nanti. Muahahaha. Fail.

Amy said...

Aku ni geli tengok ular..campur tu sama kut tu yg buat aku laga paranoid. Ed geli gak eh? Aku tak tau Zul ni apa yg dia geli..kalau ada serangga ke apa, mmg dia la tukang buang. Ikan haruan tu dia pegang elok je masuk balik. Semata2 kan dari Kelana jaya balik ke Bkt jalil utk buat keje yg aku patutnya bleh buat dlm masa seminit. Nasib dia ah dpt bini macam aku.

Fina said...

Lawak siot citer kau nih...tgh layan blog malam2 ni kan aku gelak sorang2...aku tebayang kau menangis tgk ikan tu menggelepar...kok alex ada masa kat situ confirm la ngan dia dia skali ngan kau tesedu2 korang dua beranak kat situ kan....member pun jenis lembut hati gak hahahhaha.....kau tak leh amek batu lesung ketuk je ke pala ikan tu cam mak aku selalu buat?

Amy said...

Mau berpelukan aku dgn Alex kan? Giler ko, nak gi dekat pun aku seriau, lagi mau ketuk kepala dia. Kang dia gigit aku camner??? :P

Anonymous said...

comel la k.miya ni...hehe...kalo nuyui pun suspen gak...mmg xla kan nak angkat ikan tu..heheh...

rindu k.miya...

Amy said...

Nuyuiii..I miss you too! Comel tak comel, mmg kena gelak dgn Abg zul bila dia sampai rumah tengok muka dah basah2 nangis. :( Sakit ati.. heheh, bertambahlah bahan dia nak kutuk kak miya.