Monday, June 20, 2011

Some things never end..

Such as? House chores. Never ending, kan? Dah penat balik keje, ngadap keje kat rumah plak, basuh pinggan, baju, gosok baju..kadang2 tak sempat tunggu weekend dah kena vakuum rumah sbb berdebu sgt. Nak buat camner, dah keje kita kan? Zul ada gak la tolong gak (tu pun lepas suruh/pujuk haha) tapi mostly memang buat sendiri.

I think over time, aku dah jadi less bothered. Dah pandai buat skill pejam sebelah mata. Gila, kalau nak rumah teratur lawa berkilat all the time kena ada org gaji ler. Asal tak sakit mata memandang, layan je. Zul pun ok kut..kalau dia sakit mata, dia tolong ler ye dak? Selalunya on weekdays very minimal la aku buat keje rumah. Basuh baju selang sehari, lipat baju bila ada citer best..basuh pinggan pun kekadang sebelum gi keje baru aku basuh sebab tak suka bila balik dah petang or malam, pinggan mangkuk penuh dlm sink.

Weekend pun tengok mood, dtg mood rajin satu hari dah siap vakuum, mop, basuh bilik air. Mujur la rumah setingkat je, bilik kecik dan bilik air pun kecik. Tu pun penat. Kalau masa takde mood tu, vakuum je, mop pun tak. Mop dapur je. :p. Paling aku malas, gosok baju. Erghh. Tadi ni borak2 dgn officemate, maybe aku nak ambik kut Indon yg dia dok ambik. RM10 sejam ikut suka kita nak suruh buat apa. Bleh aku suruh dia gosok baju, basuh bilik air ke sambil aku jadi mem rehat2 tengok TV hehe.

Yg bestnya masa aku rajin mencuci takde pun org nak datang rumah. Masa aku tengah mood malas, dapur gas berminyak2, lantai dapur kotor time tu la ada lawatan mengejut..hui stress. Yelah, reputasi org dah berkahwin tapi takde anak lagi ni lain sket. I'm 'expected' to have a clean house sbb takde anak kecik pun nak sepahkan rumah..ye dak? Padahal den ni penat weh, balik keje tu mmg nak rest secukupnya. Setakat campak2 baju dlm washing machine, sebelum keje sidai baju tu kira ok la tu untuk aku.

Tapi if Mama ke call kata nak datang visit, or relatives ke.. lepas letak tepon, berdesup ambik vakuum dlm stor haha. Baju2 belum berlipat campak dlm bilik. Korang masti pernah buat, kan? Antara habit yg aku susah nak buang ialah if aku ajak cousin2 or kawan2 dtg makan, aku nak masak tapi at the same time aku nak dapur nampak bersih..tak ke gila sambil menumis sambal yg memercik merata ke dinding dapur, sambil tu jugak aku lap2 dinding dapur. Kiranya lepas dah siap masak, aku mop2 dapur lagi..tu yg buat diri sendiri penat tu haha. Now dah kurang sket, lantak la kawan nak tengok dapur..diaorg dtg nak jumpa aku, borak dgn aku betul tak?

Dah meraban dah ni..so how was your Father's Day celebration? Mine was ok, Ayah not feeling too well, sakit kaki. So we didn't really go anywhere except pegi wedding which Ayah insist sebab anak best friend dia kahwin. I spent the whole day in KJ, sempat gak la pegi jenguk my nephews belah petang. Rindu sangat dah.

Happy Father's Day to you..entahla ada tak readers lelaki yg baca ni pun :P. Here's a picture of a handsome father, pelakon kegemaran saya buat masa ni..tolak tepi Remy Ishak kejap. Hello Aaron! :P. Picture credit to Alin who were in One Utama for the Oreo Father's Day event. Tq Alin!!

Cair tak?

9 comments:

Konot said...

ohhh giler cair!! hensem nak mamps...

btw amy.. ada maid pun tak semestinya rumah berkilat. aku yg ada maid ni pun kekdg do menyental bilik air sendirik. lagi puas hati beb!

Anonymous said...

aku memang dah cair!!! thanks for d credit.. gurau je smlm.. :p amy, aku dah tak pandang remy ishak, hans isaac & eizlan yusof dah!! hehehe

-alin-

nadya.s said...

hes so sedap like oreo. adoiyai.

beb, worry not.
kes aku lagi sadis. not married n lanjut usia. umah aku berdebu,habuk. dapur tak berminyak sgt sbb mmg tak masak langsung. paling tinggi goreng karipap or cucur badak segera n meggie. takder saper dtg umah aku pun, tapi time mode malas tu mmg berdebu n bersepah.

miraculously aku ada parents yg best, dan pencen. diorang boring2..dtg tolong cuci rumah.. bolehh?? adoi. bila aku nak upah maid cuci rumah..abah aku ckp no need..dia bleh tolong..

aku kot penat balik kerja malam.. mmg terbongkang terus.. takder apa la dah..

Amy said...

Konot - Kannnn? Dulu aku pandang sebelah mata jek Aaron ni, macam whatever la tak handsome pun. Tapi bila dia jadi Seth Tan ni, aku speechless. Lalalala.. now aku pikir kalau nak rumah berkilat 24 jam, mmg takyah masak ler der. Makan kat luar, tak payah basuh pinggan. So kalau nak makan di rumah, terimalah seadanya keadaan dapur ku. Ni dah masukkan baju dlm machine, hopefully bleh sidai dan masukkan 2nd batch plak, and besok nak gi keje bleh sidai 2nd batch.

Alin - Weh! I didn't know yg ko membaca blog aku neh haha. Thanks for reading ya.

Nad - Tell me about it! Aku kalau dah time peak season tu,balik everyday 8pm..tapau je la dinner. Sampai rumah dah mandi solat and mata pun mula la buka separuh je. Kiranya weekdays alasan penat keje, nanti weekend la kemas rumah. Bila dah weekend rasa cam nak pamper diri sendiri selepas penat keje 5 hari, nak melepak. Sudahnya bila rumah nak berkemas? :P

nadya.s said...

aku setuju. plan weekend selalu hebat. nak workout nak spring clean the house, nak basuh baju bagai.. end up tido sampai kul 2 ( konon2 qada' tido) pastu tgk re-run show kt TV. call mcD or dominos. mimpi la nak masak. baju basuh la sbb tekan butang machine aje.. tapi baju laundry 2 minggu lepas,tak berlipat tampai kejung dalam guest room..hihih...

harapnya perangai aku berubah jadi rajin sket lepas kawen ( kot la kaweeenn...)

tapi overall.. rumah aku bersih seadanya., haahah!

Amy said...

Aminnn...aku doakan jodoh ko dgn mamat Jepun tu kuat :).

Takde maknanya weh, lepas kahwin pun macam ala2 malas je.. what you said about the weekend tu mmg tepat. Berangan je lebih, sudahnya bangun tido lambat pastu melepek atas sofa tengok reruns on TV, or worst marathons on TV..sampai ke malam le.

Zul takde weekend ni, fishing trip ke Penang. On the way gi keje tadi, sambil drive kepala merangka agenda seperti organize baju dlm almari, tukar cadar, kemas bilik.. adakah menjadi kenyataan? *gelak kat diri sendiri*

Linda said...

Amy...cita² kena tinggi, ok...dapat ke tak jadi kenyataan tu bigg question mark..

aku selalu cakap kat diri aku, kena lebih rajin kemas rumah nih, sbb kalo penyakit malaih aku menjangkit kat Nuwen nanti 7 keturunan besan aku kutuk aku tak habis, sebab tak reti ajar anak mengemas..

tapi..the last I check, baju tak berlipat aku ada sikit lagi nak sama tinggi ngan gunung Kinabaju..hahaha

Amy said...

Linda - Aku baru sudah lipat baju dan letak baju kat hanger sesambil melayan tengok Titanic kali ke 800. Haha..

Arena said...

Amy,

Amy and Nadya, sangat setujuuu. Plan macam2 sudahnya, tidoooo jek weekend tu. Penatkan weekdays tu. Arghh aku pon samala, bila ada orang nak datang gelabah giler. Tu yang sanggup angkut oven dan pressure cooker gi umah mak aku. Alasan, rumah sempit tak sesuai buat gathering, muahahhahaa.