Monday, July 04, 2011

Randomness (Kes dah malas pikir tajuk post)

Lama dah gambar Aaron Aziz kat bawah tu hehe.

Nothing much, actually..just the usual. Work, then weekends. Weekend baru ni agak seronok sbb my aunty dtg dari Kuantan. So kalau dia ada sini, memang merayau je la kejenya. Friday night pegi IKEA, tak ler mencari apa2 pun..dah berkata pada diri sendiri 'Hari tu sakan dah kan masa A.riani sale dan membeli kain2 utk buat baju keje/raya'..tapi bila nampak dish drainer kaler putih di IKEA haruslah tangan mencapai. RM7 je pun. Dah bosan kut pakai dish drainer yg tinggi tu sbb susah nak letak gelas and it took space di ruang cabinet yg memang kecik tu. Zul selalu kata 'Kalau dah hati tu nak membeli, tak yahla nak pikir alasan kenapa nak membeli' Hihi. Tapi warna putih tuuu, nanges la nak mencuci nanti eh di celah2.

Saturday since my cousin dgn my aunty nak dtg rumah, so I volunteered to cook. Aku kan suka ber gathering ni, walaupun masak simple ke, entah sedap ke tidak ke janji semua ber gathering di rumah aku, aku suka. Walaupun Sabtu tu aku keje..balik 2pm tu memang bersilat la nak kemas rumah, nak masak..dah la Zul keje sampai 7pm..nak nanges bila tengok jam dah kul 5pm dan aku belum start kopek bawang lagi nak masak. Tapi alhamdulillah sesambil masak dan ngemas, by 7.15 dah siap semuanya and lepas Maghrib tinggal nak goreng ikan. Invited Ayah and Tiyah as well sbb Mama takde, balik Perlis for a wedding.

Another reason naper aku nak masak sbb Zul bawak balik ikan banyak gak dari his last fishing trip last weekend. So aku masak jenahak 3 rasa, goreng ikan gerut, sotong goreng kunyit (sotong beli kat kedai, Zul candat sotong tak baper nak naik) and ayam masak pandan. Puas hati tengok semua makan sampai licin. I've also made cream caramel for dessert sbb cousin aku suka..best tak dpt cousin macam Kak Milia ni? Hik hik..

My uncle (Mama's brother) could not make it sbb ada dinner lain that night. So aku dah simpan tenggiri utk dia nak masak this weekend plak. Bukan main la berlagak macho every weekend panggil org dtg makan kan? Selagi larat entertain, aku entertain je. Tengah2 July nanti dah start busy confirm aku tak larat dah.

First week puasa in August nanti banyak betul event2 important di office..mencabar sungguh. Takpe, we'll cross the bridge when we reach there. Tension2 pun nanti keje tak jalan. Speaking of which, I think sejak setahun dah bekerja di sini, last week was the most memorable one, yg buat aku sangat down. Frustrated with some people. But no worries, tak sampai tahap rasa nak tukar keje lagi. One thing je aku nak tanya, kalau ko pegi mana pun asyik rasa tak puas hati, so masalahnya dgn keje ke dgn diri ko sendiri? *rolling eyes*

So, tengok tak bola Malaysia vs Taiwan? I didn't watch the first game masa kat Bkt Jalil tu, aku tengok yg dekat Taiwan, tengok pun dah second half sbb dok ingat game start 8pm.. stress tengok keeper Malaysia dok berlari keluar dari gawang when all defenders are there. Chill la bro..awak buat saya sakit jantung tau.. cepat2 la K.Fahmi recover dari injury..he's a better keeper la. Next game would be against Singapore..Malaysia pasti boleh punya!


2 comments:

Konot said...

amy, terer sungguh kau masak mcm2 utk guest kan? sorang2 pulak tuh! kalau aku.. confirm panic!!

Amy said...

Takde la terror, aku pilih lauk yg tak susah..nampak je macam banyak tapi semua yg simple.. mau tak panic, dgn rumah bersepah. Sambil goreng ayam atas kuali, aku gi bergegas vacuum depan..macam tu la kaedahnya haha. Bila ko nak dtg rumah aku nehh?