How's your Ramadhan so far?
For me, so far so good. Agak keletihan coz of work load. Kebetulan tengah ada event dari 1st Ramadhan hari tu and it's going to end tomorrow, eh today..yer dah pukul 1 pagi dah ni. Lepas ni busy releasing all the results. I'm taking leave on Monday and Tuesday, balik Pahang kasik chance Zul berbuka dengan parents dia. I shall take that opportunity to rest, I hope. Can't wait for the long Raya leave. 9 days inclusive of 2 weekends..bestnyaaaa.
Bulan puasa ni, kalau Zul keje malam memang aku beli je, kekadang sahur baru masak. Tapi if dia keje pagi then aku masak la..tak la everyday. Dlm 5 hari bekerja tu, ada gak la sehari aku membeli di pasar ramadhan. Kalau dah 6.30pm baru nak kuar opis, confirm la ke pasar ramadhan terus :P. Dah 2 minggu puasa ni, Rabu baru2 ni sampai bukak posa kat opis sebab aku nak siapkan keje. Jadi hopefully start next week, aku bleh balik on time 5pm. If Friday 4pm. Yeehaa. Alhamdulillah rumah dekat dgn opis. So bila balik 5pm, 5.15-5.20 camtu dah sampai rumah and 5.30 dah bleh start masak. So by 6.30pm dah bleh rehat sementara tunggu waktu berbuka.
Kuih raya? So far aku dah order kek lapis yang memang sedap. And order 3 jenis kuih. Adik aku plak ajak buat kuih cornflakes dgn kuih kacang since kat rumah Mama dah ada oven. Cupcakes memang projek solo adik aku ler nanti, itu specialty dia, aku malas hehe. Aku tolong buat kuih raya je la, insyallah. Cukuplah kut 4 jenis kuih, bukannya ada sapa datang pun beraya kat rumah aku. Last year pun banyak tak berusik kuih, last2 bawak gi opis kasik licin. So tahun ni takmo membazir. Mostly relatives banyak datang rumah Mama, bukan rumah aku hehe.
Raya arrangement masih seperti biasa. Pagi raya di KJ, then by noon balik ke Pahang for a few days. Tu pun Zul ada hati nak bekerja hari Raya..night shift la tapinya. Jadi siang beraya and malam dia gi keje. We'll see how it goes la. Shouldn't be a problem with me dah since family aku semua ada sini, kan.
Ok la nak tidur dulu, kang tak bangun plak sahur, dah la sorang2 ni :). Till later, selamat menjalani ibadah puasa.
6 comments:
walau dah hari ke 12.. tapi still nak wish.. selamat menyambut bulan ramadhan.. semoga segala amalan diterima Allah.. dan mendapat keberkatan :)
Thanks Aishah..same to you!
amy...bila bukak posa?heheh next weekend leh ke?
Kalau next weekend, aku bleh hari Ahad je. Sabtu dah ada Uncle 'book' nak makan kat rumah aku reramai la beb. Kod, aku rasa bersalah la. Korang go ahead je la dgn plan, jgn tunggu aku..
wuit.. sape kat takde org nak dtg beraya umah akak? 1st day raya lagik saya sampai kay (mode ckp eksi sbb tahun ni kena raya kat gombak dulu.. huwarghh...)
siyes ni nak beraya umah akak.. nak makan biskut mazola..peberet i ok..
Sha - Hari Raya ke 6 ler baru bleh dtg gamaknya..saya cam biasa pagi raya di KJ pastu terus balik Jerantut. Ada ka abg Zul kata kena beraya sampai raya ke 5 kat sana. Tak patut kan? Mati kutu saya. Saya tengah memujuk dia untuk pulang ke kota pada raya ke 4. Sila la dtg bawak Naufal tu, tak jumpa2 lagi dia. Call dulu okkk.
Post a Comment