Tuesday, September 06, 2011

Raya 2011 and such

Hajat di hati nak bercerita panjang tapi cam banyak plak keje nak buat kat rumah ni.

Disebabkan sakit tangan (campur malas) jadi agak slow ler aku buat keje rumah. Didn't want to push myself too hard, nanti sendiri yg merana. Baru pagi tadi (lepas sahur) baru aku mengemas beg walaupun dah pulang dari Sabtu. Basuh baju dan lipat/gantung dah. Believe it or not aku tak letak kuih raya dlm balang pun lagi. Hanya bawa keluar sket dari balang order tu dan taruk dlm tupperware kasik bebudak opis rasa. Sendiri punya balang kuih tak bawak kuar lagi.

Isnin sebelum raya pegi buat fisio lagi..pagi tadi pun pegi buat fisio. Nak recover fully maybe take time kut, unless la kalau dpt MC 3 bulan bleh rehat tangan dari buat apa2 keje pun kan? Jadi plak kat tangan kanan, haruslah susah sbb dah biasa tangan ni yg buat keje. Mousepad tak beli lagi, maybe Khamis ni baru nak gi survey dgn Zul kat pyramid. I've told my colleagues yg aku tak bleh nak tulis sgt or sign2 surat sgt coz it hurts. Maka aku dah suruh diaorg je la take over. If takde sangat org lain, baru aku ler. Tadi kat opis nak je rasa aku tulis tangan kiri haha. Kat rumah aku dah biasakan tak guna tangan kanan sgt, apa2 yg berat aku angkat belah kiri.

Ok intro pun dah panjang. Konon tak nak tulis panjang kan? Mood ada agak kurang la Raya ni, sbb tangan sakit dan kereta pun decide to sakit jugak. This is the 4th year yg aku tukar gearbox and each gearbox cost me RM1K plus okkk. This time dgn duit bonus Zul aku langgor sekali, nanges la nak bayar balik bulan depan. Sian dia, dah plan nak beli handphone dgn bonus, sekali kesian kat aku, terpaksa la dia korban sementara. I lap you B. Aku tahu aku dah ckp few times tapi kali ni nekad kut mmg nak tukar keta. Letih dah..10 tahun dah. About time dah kan? Kereta apa? Paling terror pun Myvi kut, kalau lagi terror keta bukan buatan Malaysia. Tengok la dulu rezeki camner. Meleleh rasa air liur bila sepupu aku citer dia trade in Satria dia yg 10 tahun dekat Toyota and got himself a new Vios. Pergh. Lagi banyak Toyota ambik dari kalau tolak kat Proton ok? Iswara aku tu hampeh je bila aku tanya kat Proton baper dia willing nak ambik.

Pagi Raya seperti tahun2 sebelumnya kuasa veto aku beraya di Kelana Jaya dulu, lepas sembahyang Raya lepak2 dgn family tunggu PakTeh aku sampai then by 11am aku gerak ke Pahang. Owh tahun ni Ayah join takbir raya masjid..so agak busy la malam raya tu preparing. Kata nak datang 12 org, end up dlm 30 org kut, penuh rumah. Alhamdulillah. Geram je tengok Adam dgn Akif pakai jubah putih. Nampak innocent je padahalllll, pening kepala Angah ni ha dgn korang hehe.


Sampai kat Pahang tak bergambar2 pun, sebab masa on the way dapat tahu bapa mentua kepada adik lelaki Zul meninggal pagi tu. Memang arwah dah setahun lebih ada prostate cancer. So sampai2 duduk rehat kejap kat rumah Zul and then pergi majlis pengebumian. Malam tu pun cancel plan nak buat bbq lamb and main mercun, menghormati keluarga diaorg. 2nd night je baru sambung plan. Sedap sungguh, banyak gak aku makan lamb :P.

3rd day Raya pun melepak je layan DVD Korea..4th day raya aku dgn Zul gerak ke Kuantan. last minute punya decision. Mama dgn Tiyah pegi dgn PakTeh. Memula diaorg pun tak sure nak pegi. So bila Rabu malam, Mama sms bagitau kata confirm, melonjak2 la hati aku ni nak pegi. Aku dah beli siap2 ikan talapia dgn ikan patin sungai dekat kampung sebab nak bawa ke Kuantan, Pakteh aku teringin nak rasa patin goreng. Aku sampai dlm 12pm. Ingat nak rilek jap sbb aku assume diaorg hanya akan makan lepas semayang Jumaat. Rupanya nak makan before Jumaat, kelam kabut aku bersih2kan ikan, goreng, buat sambal tempoyak dgn sambal kicap. Puas hati la licin ikan2 tu semua diaorg bedal :).

Mlm tu, wife cousin aku ajak BBQ..dia dah perap segala ayam, udang, sausage. Seronok makan ramai2..org pompuan tunggu makanan je, org lelaki berpeluh kat luar membakar hehe. Seronok sembang2 dgn cousin2. Family wife cousin aku pun sgt friendly. Hajat hati nak duduk sembang lelama tapi aku dah sakit pinggang sgt and desperately need to lie down, jadi kul 10pm aku dah masuk tido. Sorry girls. Nanti Kak Amy dtg Kuantan lagi kita sembang panjang ok. :)
Reason for sakit pinggang? Aku jatuh kat dapur MakLang sebelum BBQ start. Aku ni kan accident prone, pegi mana pun nak buat drama tau. Kisahnya lepas sembahyang Maghrib, aku kuar bilik ingat nak clearkan meja sebelum tetamu sampai for BBQ. Rupanya MakLang lupa nak tutup tingkap dapur. Hujan mmg turun selebat2nya petang tu so lantai dapur memang dah basah. Aku plak bila dah tatang dulang berisi gelas dan jag air tu menonong je jalan menuju ke sink. And aku terus slipped dan jatuh terduduk dgn tangan dedua belah masih memegang dulang. Habis jatuh semua gelas2 bunyi pranggggggg. Alhamdulilah takde kaca yg kena kaki or muka. Nasib la jatuh terduduk, if jatuh tersembam maybe ada la lengan or kaki kena kaca. Nauzubillah. Apa lagi, bertempiaran (exaggerating!) Uncle2 aku masuk ke dapur. Zul yg mmg duduk paling dekat dgn dapur terus dtg kat aku, and kutip2 semua kaca.

Aku dok sibuk cakap"Sorry, habis pecah semua gelas" pastu aku kena marah la sbb sibuk dok risau pasal gelas, diaorg risau aku yg luka. Dahlah tangan tu cedera kan, seb baik tak tahan badan dgn tangan, takut patah je tangan dgn condition tangan aku sekarang. MakLang siap ckp "Takyah risau gelas, MakLang ada alasan nak beli baru dah" aduihhh. Sowwyy. Bontot je la sakit tapi mlm tu aku macam tak betah nak duduk lama2 tanpa bersandar, tu yg masuk tido awal.

Sabtu pagi, seperti yg diplan malam sebelumnya, we all pegi breakfast kat pantai di Bukit Pelindung. Bangun pagi2 goreng keropok, wife cousin masak sambal sardin sedap giler, bancuh nescafe sedap giler, beli roti and nasi lemak/nasi goreng terus gi pantai. Nyaman. Kitaorg berkelah makan2 je, takde la sessi mandi sbb tak plan, so takde baju extra. Dok dlm sejam je situ pastu kemas2 pegi teluk cempedak jap makan aiskrim. Pastu lalu Taman Gelora, seronok je tengok sbb redup je dgn pokok ru yg banyak situ. Mama kata next trip ke Kuantan nak lepak Tmn Gelora plak.

Sabtu tengahari lepas lunch yg sedap (wife cousin aku tu mmg terror masak dowhh), semayang jamak and berlepas le ke KL balik dgn hati yang berat. Jem gak la jalan tapi moving la. Tak la teruk.

Kereta aku dah siap dan aku dah pulangkan kereta Mama balik. As of now, aku tak berani nak jalan2 jauh dgn keta tu, cukup sekadar pegi keje dan lunch kat sekitar2 situ je. Melihatkan invitation open houses yg banyak weekend ni, aku minta maaf la if tak dpt datang kalau yg jauh2 tu sbb aku tak berani nak drive. Keta tu siap just for the sake of aku nak gi keje je. Nak kena bawa gi workshop balik nak kemas2kan apa yg patut. Kalau ada yg dapat tumpangkan aku, maka berjalan le aku weekend ni. Kalau tak, duk rumah la sajork. Atau melayan tetamu/sedara di rumah Mama.

Pictures are all courtesy of sis, Qybah and my PakLang.

3 comments:

Norliana Abdul Rahman said...

kesian aku dgr citer kau jatuh amy.. dgn tgn sakitnyer lagi.. sigh.. sabar yek..

and cepat2 tukar keter ek... aku pun dah 7 tahun ni.. mcm dah time jerr..

Anonymous said...

beli keta vios jugak ler miya...boleh zul masuk bodykit TRD..cun wo

Amy said...

Konot - Kan? Sian aku..lupa nak citer. Lepas aku bangun dari jatuh, aku cam dah terharu sbb Zul dan uncle aku cam risau sgt pasal aku, tapi aku lagi sedih sbb kasik pecah gelas kat rumah org terus aku masuk bilik nangis hahahahhaha. Maklang aku plak baru lepas semayang terkejut tengok aku nangis ingat kut ada apa rupanya sbb pecahkan gelas jek. Aduih emoo

Anonymous - Ni mesti Azhan ni..Vios eh? Cam teruja plak lepas tengok keta awak, kan...hmm kena pikir 88 kali wehhh.