Uish lapse sampai 2 minggu lebih ni..tak ingat what I've been doing the past 2 weeks. Weekdays busy dgn keje, weekends busy bersosial. Tahu2 je dah nak hujung October kan.
I am on annual leave since Monday. Boleh carry forward 5 days of AL je ke tahun depan. Jadi kena la abiskan lebihan2 tu. Kejap je rasa cuti ni..tahu2 dah Jumaat. Ahad lepas, a friend came all the way from Terengganu visiting our friend yg tengah warded kat PPUM. She arrived in the morning and we went straight to PPUM. Stayed until afternoon, pegi lunch and I sent her to her sister's house. Isnin aku gi melepak rumah cousin sebab maklang aku tengah jaga baby cousin aku. Mama pun join melepak sama. Memang best la. Melayan kerenah si kecik tu and melayan borak dgn mama and maklang.
Selasa, join the girls for dinner in Nandos, Sogo. Rupanya diaorg dah berbincang2 pasal meet up ni dlm WhatsApp. Aku yg tak install2 lagi konon skeptical la pasal WhatsApp. Bila Kodeng dah demo bagai terus aku suka hahah. I arrived earlier sebab Kodeng dah ambik half day, yg lain2 will only reach at 6.30pm. So aku ajak Kodeng ke SR sebab teringin (tak, I'm not pregnant) choc lava. Dah puas menunggu, aku ajak dia pegi kedai buku plak beli novels haha. Anyway, malam tu ada Aida, Kodeng, Hiemash, Shahreen, Nona and me. Shahreen yg excited sket sbb dia dah lama tak jumpa yang lain2, almost 14 years. I met her last year masa dia buat open house Raya. Turns out rumah dia 15 mins drive je dari rumah aku. So we had a great time talking and laughing, the usual.
It was fun catching up. Yang best sebab aku tahu they all make efforts to meet up. Yang duduk sejauh Klang, takde maid, ada anak tapi still gigih berjumpa di KL and only reach home 2 hours later. Pasni kita meet up di Shah Alam or Subang ye Mash, kesian ko. Nona pulak besok tu dah nak ke Korea. Having a great time from what I saw in FB pictures. Syioknya!
Rabu, hari Deepavali, aku ke PD dgn Zul. Just a quick getaway. One night stay je. Aku pilih Ancasa Allsuites Resorts and Spa sebab aku ada complimentary vouchers yg belum digunakan. For this place aku bagi 3/5 la.
I like it because : clean, ada water heater, ada astro basic channels (sports, ria, disney), dekat dgn beach (lintas jalan je), very nice landscape. Dekat dgn kedai2 makan yang penuh tepi jalan. So senang.
Yang tak berapa suka : takde kipas dlm bilik, solely aircond saja. So akan terlalu sejuk or akan panas. Confirm aku pilih sejuk ler. Only 3 out of 9 or 10 socket yang berfungsi. 2 socket dah diguna utk TV dan peti ais maka tinggal satu la nak berebut charge handphone dgn Zul. I didn't call them to complaint sebab 1 night stay je.
Tengahari sebelum check in kitaorg makan dekat kedai-aku-tak-ingat-nama. Tapi sebelah kedai Asam pedas. Area ni dipanggil Teluk Kemang 2. We ate daging salai masak cili api. Sodap. Dinner plak, based on kawan Zul punya recommendation we went to Nasreen Songkhla Seafood. Yg ni pun aku bagi 3/5. Ambience selesa, makanan cepat gak la sampai walaupun ramai orang. Aku order kerapu masak 3 rasa, telur bungkus, sotong goreng tepung dan kailan ikan masin. Ni gambar:
Kerapu tu ikan dah fresh dah, then goreng to perfection la, luar garing dlm lembut, just like how I like it tapiiii kuah 3 rasa tu aduhai. Aku just assume dia dah abis bahan maybe sbb ramai org since public holiday kan. Serai takde, nenas or tomato takde, daun ketumbar takde so rasanya agak lain ler..lauk2 lain ok, not bad. Kecewa sket dgn sotong sebab camner nak kata eh. Kalau gi belah utara, memang sebut je sotong goreng tepung confirm dah dia goreng dgn tepung jagung. Aku tak suka sotong yang goreng dgn tepung gandum yang dia buat ala2 cucur ni. Kalau kat area Kuantan, memang kena tanya. Lelama aku tau dah kedai mana yang goreng macam aku suka. Bila ko tanya, kadang2 tukang ambik order tak tau pun tepung apa yg digunakan, siap garu2 kepala so aku avoid order la sbb tak nak dikecewakan haha. Sengal kan aku.
Oh jangan order teh ais di sini sebab ko akan dapat susu ais :). Teh ais ni selalunya memang air yang aku dan Zul akan order. Tapi kalau kedai yang aku baru nak try, aku jarang order sebab again, takmo kecewa. Zul pulak suka ambik risiko dan order. Akhirnya, tak sedapp! Total bill tak sampai RM50 pun. Ikan RM27, sotong RM9.50, telur RM4.50 and sayur RM4.50. Kalau kat Kuantan pun lebih kurang kut this price.
Breakfast on Thursday tu I wanted to go to that Asam Pedas shop sebab nampak banner dia ada roti canai and nasi lemak. But Zul suggested we try the shops kat belakang Ancasa ni, near the beach. Frustrated, I just follow je belakang dia. Rupanya dapat lalu taman/landscape Ancasa yang cantik..lawa. Then dia ada pintu belakang kecik boleh lalu untuk lintas jalan dan terus ke beach. Kedai makan ni dekat betul tepi pantai. Terus aku happy sebab dapat duduk dan mengadap laut. Teh tarik sedap tapi nasi lemak so-so. Sambalnya tak berapa pedas, kurang umphh. Tapi sebab pemandangan yang best jadik boleh tolerate la.
Lepas checkout, we all pegi lunch dekat 'Cowboy Place'. Masa lalu sehari sebelum aku macam tertarik sebab nampak happening dgn asap berkepul2 and aku ingat ada jual ikan bakar. Rupanya ayam bakar je ada. Ok layan je la. Lepas dah order baru perasan macam nampak ada ikan jugak. Tapi aku tak pegi re-confirm la. Malas sebab dah tengah makan. Sini hanya ada jual fruit juice, air lain takde. Aku order tembikai, Zul order belimbing. Nasi dan ayam is RM5 per set..bolehlah. Kalau aku pegi lagi ke PD, probably aku tak pegi lagi. Bukan tak sedap but bukan sampai aku rasa nak lagi la.
Wah dah jadi food and hotel review plak post aku ni. All in all, aku rasa cuti ni was well spent with friends and family. Dpt bergembira and dapat jugak visit kawan yang tengah sakit. So baki 3 hari ni pun nak spend doing the same thing. Walaupun agak semak perut sebab dapat jugak sms from work, and had to check emails tapi aku dah minimumkan dan jugak delegate keje. Let me deal with it later la come Monday nanti. Uui seram.
Have a great weekend yer..
No comments:
Post a Comment