Tuesday, December 06, 2011

Ombak Rindu : Movie Review

*Spoiler alert*

Sebenarnya, sebelum ni tak pernah baca pun novel ni walaupun ramai cakap novel ni best. Zaman2 dulu suka baca novel English je..kalau novel Melayu pun pilih2 je. Then bila aku start baca novel Aisya Sofea memang got hooked and always make sure aku beli la bila novelist ni keluar novel baru..kalau bleh nak kak Aisya keluar novel tetiap bulan hihi :).

Naturally bila aku tengok kat FB/internet yg Aaron akan berlakon Ombak Rindu, of course la super excited. Berjanji2 dgn the usual gang nak pegi tengok sesama ni and when it's nearer to December, mintalah kengkawan carikan novel ni yg diaorg dah baca. So it took me 4 days to finish, bukannya tebal pun tapi sbb super tired, aku sempat baca berapa page je sehari. So, there were 8 of us. Ezria, Shahreen, Kodeng, Nona, Linda, Alin, Maff and me. Kitaorg conquer the row, thanks to Ez yg cepat2 buat online booking. Mmg full house siot, sampai ke seat depan.

Ok perenggan ke 3 baru nak buat movie review :). I fell in love with the background scenery. Sumpah cantikk. Kalau tak silap shooting buat kat Langkawi and kampung2 sekitar Kedah. Rumah sapa la yg diaorg pakai untuk Ombak Villa tu..giler la lawa. Sangat mendamaikan. Memang boleh jatuh cinta la sebab mood memang jiwang di situ. Dgn ada buaian, bleh tengok sunset, anjung yg boleh nampak laut, baring pulak kepala kat bahu Aaron kan...eh? Tersimpang :P. Ok, untuk sinematografi, aku bagi 11/10. Memang marvellous.

Story plot? Yg ni aku bagi 8/10. Unlike Lagenda Budak Setan, yg aku tak baca buku dia, aku takde expectation so aku lebih emosi bila tengok citer tu. Expectation aku pada Ombak Rindu agak tinggi. Memang betul dia kena compressed semua dlm film. Tapi ada part yg penting2 yang aku rasa tidak digambarkan dgn baik dan boleh membuat org yg tak pernah baca buku ni akan rasa macam, eh citer tergantung. Part Izzah kena lama sket la, pada pendapat aku. Supaya penonton (yg tak baca buku) faham macam mana Hariz bleh sayang dgn Izzah, Izzah sambung belajar lepas kahwin dengan Hariz, kenapa Hariz suruh Izzah kerja dgn dia, kenapa Izzah rinduuuu sangat dengan Hariz lepas kena halau dgn mak Hariz, dan tak dibenarkan contact Hariz. Mau tak luluh hati dia, selepas lama menyimpan rasa rindu, Hariz datang dan marah/salah sangka kat dia.. part ni aku mmg syahdu heheh.

Part2 yang aku suka, masa lepas Hariz kahwin lain, dah lama tak balik rumah Izzah and lastly dia jumpa Izzah kat rumah Pak Dollah (dlm movie tunjuk macam kejap je Hariz tak balik, padahal lama tauuu). Pastu Hariz jumpa Izzah dlm bilik, dan bagitau betapa rindunya dia kat Izzah..dlm buku tak la nangis, tapi dlm movie, Aaron keluar air mata youuu time ni! Haih feelinggg tau. Lagu2 pulak memang best, Ombak Rindu, Untuk Kamu and Lara Lagi. Memang layannnn. Lagi part yg aku suka masa Izzah letakkan kepala dia kat bahu Hariz masa Hariz tido pastu Hariz usap kepala dia, masa Izzah duduk atas buaian dgn Hariz sebelah dia tengok sunset and masa Hariz peluk Izzah dari belakang time atas batu kat tepi laut. *jiwang*

Part2 last masa Hariz balik kampung cari Izzah (tak ingat plak sama ke tak dgn buku) lepas tahu segala cerita yang sebenar, dia minta maaf (dgn kerutan dahi Aaron yg bersungguh2 tu aduih) and Izzah gave in so easily. Kalau akuuu ler, aku jual mahal sket. Biar sampai Aaron melutut dan peluk aku, baru ler cakap "Izzah dah lama maafkan abang" hihi..imaginasi kan? Nak jadi pengarah ke Amyyy?? :P

Ok pelakon pulak, memang barisan yang cemerlang la Aaron, Lisa, Maya Karin and Bront. Lisa dah tak jadi goody two shoes, bukan main memberontak lagi dia. But can still be improved. Maya, ok jugak. Cara cakap masih belum kemelayuan sepenuhnya, but boleh dibanggakan. Dan cantik sungguh dia, pakai tudung ala2 tak matching pun lawa jekk aku tengok.

Lagi satu, biasalah orang kita. Bila rumah siap, pahat masih berbunyi. Now dok kecoh2 pasal adegan ranjang dlm Ombak Rindu..aku setuju lah maybe patut ada klasifikasi 13 PG ke hapa.Tapi aku tak lah rasa melampau macam citer 3GP or poster filem Satu Malam Kubur Berasap yang terang2 ada gambar berunsur seksual?? Entahlah, I am sure pihak2 yang sepatutnya dah menapis filem dan membuat klasifikasi kan?

Ok tinggalkan dulu soal tu. Here's a music video of the soundtrack. Enjoy!



Dengarnya Aaron juga akan berlakon dlm drama 'Adam dan Hawa', dari novel terbaik Aisya Sofea. Mak happppyy noks. :)

8 comments:

Silent Scribbler said...

Wah akak... thank you for writing this review. Tak dapat tengok cite, so terubat sikit baca review nih. He he he he. I love the book, although I don't normally read Malay novels. I find her books slightly realistic. :-)

Amy said...

Sha - Tq for still reading me. Nanti mesti ada yg downloadkan dekat internet kan :)

Mahani Abd. Manaf - JB said...

Fuh tq for your info rgdg the location of the beautiful views in the movie coz i could swear that iza's kampung was taken near air papan mersing( the breathtaking green field scenery with the hills@ mountains at d back scene mcm sama dgn kat air papan)..totally agree with u the songs were great n jived with the romantic scenes..only wished that maya could shed mores tears like we the audiences did he he..worth every single cent..2nd malay movie that i've ever watched after kl gangster n no regrets at all...

Norliana Abdul Rahman said...

aku blom tengok, and blom baca buku.. tapi dah buleh tasa kejiwangan berkat baca blog kau.. hahahha

Amy said...

Hi mahani..tq for reading. I pun baca dlm internet je pasal location tu. Wherever it may be, sangattt cantik. Jiwang je rasa haha

Konot - aku kan jiwa halus haha

Arena said...

Aku dari dulu tak berapa berkenan dengan maya karin berlakon. Somethin' wrong dengan bahasa melayu dia. berlakon citer pontianak, jadik orang lama2 oklah kan sebab boleh cakap bahasa baku gitu. Aku belum tgk dan belum baca buku tu, tapi thru some review kata watak tu perlu watak perempuan melayu gitu kan.. I vote for vanidah imran who i think can play much better role. Or tiz zakyah. Hahahah. Tak tengok tapi sebok gak nak bagi opinion.

Amy said...

Che Na - Ha ah ada gak la some sebutan yg mcm awkward. Rata2 opinion org yg tak membaca langsung buku tapi pi tengok movie terus diaorg lagi puas hati dari org yg baca novel then pi tengok movie. Biasalah expectation tinggi sket. Ombak rindu ni sesuai kalau buat drama bersiri sbb mmg kena panjangkan utk tunjuk how hariz bleh fell in love dgn izzah and betapa seksa Izzah menunggu.

Anonymous said...

Expectation aku mmg tinggi babe.. tapi takpe sbb still boleh cover dgn kehadiran Abg Aaron! hahaha and YES, aku tak sabar nak tonton Adam & Hawa.. 80 episodes..hamekaw! :p

*Alin*