Cukuplah berhibernasi 2 minggu kut. I owe this post to Arena. Dia pun yg masih rajin comment kat blog aku..not surprising if she's my only reader.
Actually hati dah rasa ok since 2 weeks ago..tapi mood malas tu masih ada. Then last Sunday (which is birthday Ayah), husband start demam. Lepas dinner kat rumah Ayah, Zul dah melepek kat sofa. Aku pegang dahi dgn muka dia, mak aih panasnya. Terus bawak gi klinik malam tu jugak and he got an MC. Dia ni jarang sgt nak demam, the last yg demam teruk masa 2008 kut masa aku still duduk KJ yg sampai aku nanges tak tau nak buat apa sbb dah dua hari panas dia tak surut2. So this is similar like that. So Sunday night balik dari clinic tu, aku just demah2 dgn kain sejuk letak kat dahi then I slept.
Bangun Monday tu, kepala aku pun dah berat sbb I didn't get much sleep sbb dia mengigau/meracau2. Pegang badan dia, ya Tuhan panas berapi. Aku nak pegi keje jugak ke tinggalkan dia kat rumah sorang2? I'm 100% sure he will just sleep all day and body temp sure makin naik. Pikir2 punya pikir I decided that I had to take EL..google2 pakai phone of tips to reduce his temperature, sempat gak posting kat FB minta tips kawan2. Maklum lah, lama dah tak handle 'pesakit' macam ni.
Tunggu 8am, then start pegi kedai runcit cari kembang semangkuk, barli, kelapa. Nan ado. Ada kembang semangkuk je. Sambil kepala ligat pikir kat kawasan rumah mana aku nak cari pokok bunga raya nak ambik daun ni. Last2 tepi jalan kat PUJ3 tu berlambak2 kut MPSJ tanam bunga raya tepi jalan. Apa lagi berhenti keta tepi jalan dok kutip daun2 bunga raya. Dahlah tengah high traffic org semua nak pegi opis..pedulik! Yg penting aku nak balik cepat sbb risaukan Zul. Sampai rumah tu aku kejutkan dia, suruh mandi, and gosok kepala dia dgn air asam and tenyeh2 daun bunga raya. Tepek kool fever kat dahi. Pastu aku pun dah rasa nak tumbang sbb migraine sudah mari menyerang. So masa dia tido (aku suruh dia tido kat guest room sbb my migraine needed a full-blast aircond room), aku pun tido straight 2 jam and pastu baru aku bangun checkup on him. Fuh, badan dia dah berpeluh and dah tak panas.
Tuesday morning, aku pegi keje dgn hati yg berat. Zul masih MC sbb still weak, agak panas gak badan dia Selasa pagi tu tapi aku tak bleh afford nak ambik EL sampai 2 hari berturut2 sementelah (ayatt, kan) aku dah bekerja di cawangan baru (yg ni aku update in a later post ok) kenalah tunjuk contoh elok sket. Kejap2 aku call dia to check on him. Petang Selasa tu aku plak yg rasa seram sejuk..pegang2 badan & leher rasa macam panas jugak. Ahh, sudah ni berjangkit ke aku plak. Nak nanges aku nak tunggu 6pm tu. Balik keje aku terus ke clinic.
Tapi tulah panel clinic ni kan. Nak kena pegi pagi yg ko tidak mahu bekerja tu baru dia nak bagi MC kut. Aku ni konon pegi lah siap2 senang kan nak inform staff yg besok tu aku MC. Tapi doc dah lah tak tanya banyak padahal aku banyak nak cerita kat dia, aku sakit kepala, sakit badan, tekak tak sedap, mata berair, badan rasa sejuk..dia sibuk tulis2 atas kad aku pastu dia kata dia bagi aku ubat and suruh aku rest and minum air banyak2. Aku selalunya segan nak minta MC tapi aku rasa aku mmg kena rest maka dgn selamba aku tanya je "Bleh bagi I mc tak besok, I tak larat ni" barulah dia nak bagi. Hampeh.
Maka Rabu tu aku MC tapi aku dah buat plan baikk punya. Knowing how noisy my neighbourhood can be, aku minta Zul hantar aku ke rumah mama in KJ on his way to work on Wednesday morning tu. I made the right choice. Sampai rumah mama dlm 7.15am camtu, aku makan roti lebih kurang, telan segala ubat, tampal koyok penuh dahi, pasang aircond, tutup langsir terus tido kat guest room. Pergh mmg sunyi dan aman neighbourhood rumah mama sebab semua dah warga emas, takde bunyi kanak2 terjerit2 sesama sendiri, takde bunyi anjing menyalak tak berenti, takde bunyi cheap house alarm yg sokmo went off by itself. Bliss I tell you. Nyenyak aku tido straight 4 hours. Mama jenguk aku 3 kali tapi mama kata aku tido lena. 11.30am baru aku bangun, mandi, sembang dgn mama ayah kat dapur, lunch, mkn ubat then tido balik 2pm till 5pm, tanpa bunyi bising. Gila best. Khamis Jumaat dah keje balik.
Yg tak best, batuk belum pulih sepenuhnya sampai hari ni. Getting better la, last few days batuk nak pecah dada but then I bought honey and some lime. Maka 3 kali sehari, aku dok bancuh la lemon suam and campur honey. Soothing. Air gamat Linda bagi a year ago pun masih ada, campur gak sket. Hari ni dah start keje balik tak bleh la nak bancuh sesuka hati macam weekend. Dari last week Thursday lunch aku tak kuar gi mana, makan roti plus peanut butter bawa dari rumah sbb tu je yg tekak bleh telan. Food kat tempat baru ni takde choice sgt. Oh jumaat sanggup aku gi McD beli bubur semata2..but end up hirup 4-5 sudu je kut sbb banyak sgt mende2 dia taruk dlm tu, bawang goreng, sayur, cili potong halus2..motif? Makin pedih tekak. Mental note, next time order bubur mcD pesan kat dia jgn taruk all the bawang, sayur and cili.
Coming Thursday ni I'm on half day leave and Friday full day leave sbb nak abiskan baki cuti 2011. Feb ni pun aku kena clearkan the last two days of 2011 annual leave. Yg penting ambik cuti dulu, ada plan ke takde plan ke, pikir kemudian.
Ok see ya later.
9 comments:
ala amy jangan la stop blogging ...aku pun dok baca blog hang ..cuma x komen ja ...ok yea!!!
Hey you are back! Setuju dgn kak munie... i also read your blog. Glad that you are writing again. :-)
Hi korangs - Was feeling a bit down last 3 weeks and hence, the crappy entry time tu. Am feeling a wee bit better now. Rindu plak nak bebel dan type panjang2 dlm entry which I can't do in FB hehe..so tunggu je lah entry2 berikutnya. Mmg nak cerita about my new job environment starting new year ari tu. Thanks for still reading me :)
weii aku pun baca blog kau!! :)
Adaa pon update. Dont even think to stop blogging ok. Hahhaa. sila teruskan menulis. Aku sure akan baca, pastu sure akan komen lak tuh hahhaha. take care there, minum air suam banyak2 pesanan kat diri sendiri jugak.
ya larrr... i pun baca tau.
sy pun baca, tau
Hihi korang neh..saya bukan attention seeker tau. Thank you for still reading me. Insyallah lepas ni nak kerap2kan sket meng update.
haip!! kita pun ada tercongok kat sini kay...
Post a Comment