Thursday, May 10, 2012

The KL Reception

Selepas Maghrib hari Nikah tu, aku kong terus. Dengan koyok bertampal kat seluruh dahi, migraine tak hengat punya. Pasang aircond full blast. Japgi dah kul 11pm aku terjaga dan dihambat rasa bersalah sebab tak tolong apa2 malam tu. Takde la aktiviti apa pun dah, tinggal keje2 org lelaki je pi pasang papan tanda. Ayah went with my cousin. Zul plak aku tak ingat whether dia ikut tak yg pasti dia shift malam hari tu tapi boss dia bagi kelonggaran la just punch card and pegi rumah mama balik to help out.

Meja makan beradab dgn kipas besar semua malam lepas nikah tu baru pasang. So bila aku turun bawah dah 11.30pm camtu Mama dah tersandar kat sofa dok tengok2 pelamin. Sembang lebih kurang then we all masuk tido. Pagi tu 6.30am aku dah turun. Kemas2 pinggan, basuh pinggan. Dah rasa lega kepala, dapur pun dah tak selerak sgt sbb takde apa dah nak hidang2 kat orang, tunggu caterer dtg je.We all breakfast nasi goreng je. Hehe.

By 10am aku dah siap mandi dan tunggu si Reen tukang mekap. Dia gak ler yg mekapkan aku 9 years ago, ni mekap adik aku plak. Aku mandi awal sebab nak minta Reen mekapkan aku sket hehe kakak pengantin harus nak melawa jugak walaupun tak lawa :P. Huh tapi sekejap je bertahan, kekgi aku dok berpeluh2 kuar masuk rumah, naik turun tangga takde maknanya. Tangan plak asyik sapu peluh kat muka, abissss. Lunch was ready by 11.30am jadinya pekerja2 merangkap sanak saudara dah start makan la. Aku dah a bit cuak (and angry) sbb neighbour2 yg patut tolong mama kasi bunga telur tak sampai2 lagi walaupun mama dah ckp majlis starts at 12pm! Suffice to say I was a bit dissappointed with them, sbb bila majlis dah mula, tak dapek nak brief benda2 penting and end up ada handful of door gifts tersembunyi bawah meja and we thought semua dah abis :(.

Apart from that, the reception was running quite smoothly. Ramai sesangat yg datang sampaikan ada kawan2/sedara2 mama ayah yg aku tak jumpa pun padahal abang aku bagitau ada datang. Sama gak yg aku jumpa tapi abang aku kata tak nampak pun. We didn't get the chance to take a family picture pun..imagine that! Ambik pun macam aku dgn Zul ambik dgn pengantin, then pengantin ambik gambar dgn abg and kakak ipar aku, then dgn parents aku..semua separate. Ahhh, kalau la boleh diulang masa, kan. 

Majlis start 12pm - 4pm. By 2.30pm we all panicked sket sbb one dish dah abis. Actually Ayah ordered 5 types of dish, selalu kenduri 4 dish je tapi Ayah saja nak banyak. So ada ayam, daging, ikan and 2 veges kut (apsal banyak benda aku tak ingat ni?). So kakak ipar ku (tq Intan!) pegi beli roasted chicken kat Ayamas. By 3.30pm abis lagi tapi memandangkan dah near to 4pm, I told Abang tak payah dah lah. Tawakkal je la. Rata2 yg datang after 3pm tu pun yg datang dari majlis kenduri lain, so dah kenyang. Minum and sembang2 je. Adalah few glitches kan, kekadang how well we prepare pun mesti ada benda tertinggal. Yang penting, aku tengok muka mama dgn ayah happy. That's what matter to me.

Masa peak hour tu, 1pm-2pm camtu..padatt! Ada yg kena berdiri tunggu tempat kosong. Adatlah kan, imagine la ni anak yg bongsu. So kut mana pun, kawan2/sedara2 mesti cuba datang jugak. Tu one factor, another factor lagi the last time En Hadi buat kenduri was 9 years ago! Jadi ni la peluang kawan2 ayah mama nak berjumpa, kawan2 PTD Ayah, kawan2 RMC, kawan2 kerja, kawan2 kat INTAN, kawan2 kat US, sedara mara dari Perlis. Susah sket la nak bangun sbb ralit berborak :). Aku pun biar je, kasik chance la org nak berborak sambil mengharapkan org2 yg tengah tunggu faham dan compromise. Tapiiiii ada satu makhluk Allah, ex colleague adik aku ni (ex-colleague aku ler jugak kan) masa aku ternampak dia dlm aku sibuk ke sana ke mari tu, aku greet and smile then cakap "Eh, jemput makan ye". Tahu jawapan yg aku dapat? "Nak makan macam mana penuh macam ni". Zasssss. Tersentap tangkai jantung aku time tu. Tapi aku maintain senyum (dah janji dgn mama :P), and said "Ambik je food, pastu makan dalam rumah aku, banyak ruang lagi tapi kena duduk bersila la" sambil tepuk2 bahu dia. Terus dia berlalu dgn mulut yg ko boleh sangkut hanger. Macam2 peel orang kan. Terus aku tarik napas dan cari Zul utk dengar bebelan aku hahha. 

Overall aku sgt seronok walaupun betis aku menjerit2. Seronok dpt jumpa kawan2 lama mama ayah, jumpa sedara2 yg datang dari jauh, cousin2 side Ayah yg dah lama tak jumpa. Dgn side Mama ni kerap gak la berjumpa dan bergather. It warms my heart tengok aunties, uncles and cousin2 sesama tolong before wedding and during the wedding. Terima kasih yang tak terhingga. Hanya Allah dapat membalas jasa baik kalian. Minta maaf kalau ada apa2 yg terkurang, yang family aku mungkin tidak sedar dan tak dapat kawal. Hope u enjoyed the reception as much as we enjoy your company that day.


Minta maaf jugak pada kawan2, harap jgn terasa sbb aku hanya dapat jemput a few close friends je sebab ni bukan kenduri aku :P. Kena la bagi quota lebih pada tuan punya badan yg kahwin dan bapa pengantin yang banyak keluar duit hihi. Aku tumpang2 je dan dah memandangkan adik aku sama tempat keje dgn aku, ada gak la aku dpt jumpa kawan2 dan ex colleagues.




Panjang sungguh entry aku this time. Ok next post citer reception di Taiping plak. Till then.

3 comments:

Norliana Abdul Rahman said...

amy,

sampaikan salam tahniah kat adik hang ye...

btw siot sungguh ex colleague hang tuh! mulut sangat tak de insurans!

Arena said...

Tinggi betul adek ko dan husbandnya. Alhamdulillah all went well. Mana boleh puaskan hati semua orang

Amy said...

Konot - Dah mmg gitu dah mulut. Senyum je la nak buat apa lagi.

Che Na - Alahh dia tinggi sket je tu pun pakai heels tinggi gila. Haha denial tau aku paling ketot antara adik beradik.