Saturday, August 18, 2012

Esok Hari Raya..Esok Hari Raya

Salam.. aku bersiaran dari kampung Kelana Jaya hehe. Boleh dengar takbir bergema sebab masjid dekat je dgn rumah (tapi ko tak pergi pun terawih malam ni kan!).

Selesai sudah berbuka puasa untuk hari terakhir. Mama dgn Ayah tengah lepak depan TV tunggu masuk Isyak, sambil memasing baca sms Raya dari kawan2 diaorg. Comel je. Hehe. Zul dah pegi keje, yer masih bekerja walaupun malam sebelum Raya kan, tapi half day je la. By midnight dia akan balik. My bro and family beraya di Johor tahun ni, dah sampai pun. My sis pulak beraya di Taiping, Jumaat dah balik sana. Maka tinggal lah Mama dgn Ayah berdua di sini.

Aku? Macam biasa, pagi Raya wajib di KJ, lepas sembahyang raya baru gerak ke Pahang. Insyallah by 12pm normally dah sampai kampung Zul. Memandangkan adik aku dah ke Taiping dari Jumaat, so dari Jumaat malam aku dah bermalam kat rumah Mama. Saja teman Mama, takut Mama sunyi hehe. Lepas aku gerak ke Pahang besok, Mama dgn Ayah akan ke Taiping beraya dgn besan for 2 nights. So lega sket hati aku takdelah Mama sunyi sgt anak dia semua beraya di perantauan hehe.

So, Selamat Hari Raya Aidilfitri. Bagi yg pulang ke kampung, moga selamat perjalanan pergi dan balik. Enjoy your time with your family. Insyallah akan bersiaran lagi next weekend, hopefully by that time laptop ku dah pulih semula.

2 comments:

arena said...

Camnila adek beradik tak ramai. Aku mmg dah lama tak raya sama dgn abg aku sbb, kami take turns to ensure mesti ada org raya dgn our parents. Belah ed pon 3 org gak so kena schedule carefully. Take care babe dan selamat hr raya.

Amy said...

Kan..nak beli kuih raya or buat kuih raya pun aku discuss dgn adik aku sbb membazir beli kuih yg sama. Belah zul 4beradik and two of his brothers pun kawin dgn org kpg sebelah. Hopefully diaorg pun berdiscuss la to ensure mlm raya tu ada yg teman mak di kpg, knowing that zul mmg pagi raya baru balik.