Wednesday, January 02, 2013

Cameron Highlands Part 1

Dah masuk January 2013. Bawa2lah mula bercerita Amy oit. Citer pasal Cameron siap2 la.
 
Kitaorg bertolak 12/12/12. Hihi saja pilih tarikh tu sebab cantik kan. Padahal anniversary 13/12, bleh je ambik cuti 13/12 and 14/12 terus sambung ke weekend tapi tak berapa kena dgn Zul punya shift days, so 12/12 it is.

Punyalah berkobar 7.30am dah gerak dah dari KJ..aku pikir2 balik dah pi jauh2 takkan nak bagi sampai ngam2 dgn check in time, at least if aku sampai awal sket bleh buat satu aktiviti dulu before check in. Dah google and tanya kawan2 yg pernah pegi so my plan is bila sampai je nak gi Time tunnel museum then lunch pastu ke Equatorial untuk check in. Strawberry park nak pegi petang and Boh Tea Plantation nak pegi the next morning, rancang sebegini sebab tak nak bertembung dgn cuaca panas. Puteri lilin sangat kan.

Kitaorg singgah breakfast kat R n R Tapah, and sampai Lata Iskandar dlm 10.30 kut..wah best air terjun.  Tak ingat plak aku pernah singgah sini dulu masa gi Cameron 10 years back. Oh, lupa nak cakap ni first time Zul ke Cameron haha nama je kampung kat Pahang tapi eksyen tak pernah pegi Cameron.  Lepas ambik gambar ala-ala tourist kat air terjun tu, we all singgah minum lagi kat gerai2 tepi tu pastu teruskan perjalanan. Dlm 1 hour lagi la..ya Allah jalan berliku2 mmg rasa senak perut dan gayat tengok gaung sebelah. Orang kata ikut Simpang Pulai lagi ok jalan kan..so silalah jgn lalu ikut Tapah macam kitaorg ni.
So bila sampai Brinchang, kami stop kat first strawberry farm lepas Cameron Valley Tea sbb dah tak sabar2 nak rasa angin sejuk haha..jakun giler. Memang rezeki aku walaupun dah 11.30am tapi cuaca mendung so aku tak berpeluh2 la. Kat sini strawberry farm tutup tapi ada kedai icecream and souvenir shop. Aku dah terjebak beli baju tido satu (sbb susah kan nak dpt size aku!), makan icecream with strawberry and ambik2 gambar sket then chow. Rumah2 kat area situ lawa2 la..suka tengok.
Jalan ke atas sket nampak lagi satu strawberry farm bersebelahan dgn souvenir shop yg besar. Mulanya nak singgah ambik gambar je pastu dah masuk kedai, hambik kau tak ingat dunia..aku kan suka benda2 motif strawberry ni.. colleagues yg dah pernah pegi cameron for the past 1-2 years mmg dah warning aku sbb tahu kegilaan aku ni. Diaorg kata if aku pegi confirm sasau..aduii memang betul!
Zul ajak singgah lagi kedai2 lain huii memang aku tak nak..aku ckp kat dia "Jgn tunjuk dah kang saya beli lagi"..hihi..drove for another 5 minutes dah sampai Time Tunnel tu. Kena bayar gak RM5..belasah je la, nak kill the time. Tak besar mana pun tapi memang banyak ah barang lama2..seronok gak imbau benda2 zaman budak2 dulu. Ambik gambar lagi.. keluar dari situ jalan2 kat kedai2 lagi..terbeli gak lagi satu baju tidur, and stationeries. Adoi laaa.. dan beli la the signature strawberry cekelat tu. Keras rupanya cekelat tu. I thought beli strawberry then bleh cecah sos coklat tu panas2..ces. Sambil beli tu tanya la kat org tu kat mana elok nak lunch, dia suruh gi kedai mkn yg sederet jugak dgn tunnel museum tu, sbb dah alang2 orang Melayu. Memang sedap2 lauk2 dia, I kid you not. Nama kedai tak ingat but that's the only restaurant deret museum tu.

 
Lepas makan, dah pukul 2pm and we head straight to Equatorial, rest kejap sebelum kuar petang tu. Pegi mana pulak? Bersambung...

2 comments:

Anonymous said...

Amy kiranya baguih la hang ikut jalan tu ke CH tak muntah dan sihat walafiat ..aku yg ikut jalan simpang pulai tu mcm nak setengah mati hang ..tu jln yg org kata ok ...lain kali kalau aku nak pi CH mmg kena makan ubat tahan muntah dulu la jawabnya ..

Amy said...

La ye ke..Zul kata Jalan Simpang Pulai tu dua lane so takdelah kena stop2 kat selekoh. AKu ingat straight je sampai ataih. Aku masa pi Fraser Hill dulu muntah gak la. Oklah alhamdulillah aku ok je naik pi CH tu cuma dlm hati tu cuak dan lemaih tak sabaq nak sampai atas.