Thursday, January 03, 2013

Cameron Highlands Part 2

Sambungan..

Malas nak gosok baju punya pasal, aku pakai baju yg sama petang tu haha. Baju2 Zul aku dah gosok siap2..so dia bertukar la baju. As planned, kitaorg nak pegi la Butterfly farm, dlm kereta google map pakai phone, rupanya sebelah je dgn Equatorial, tak sampai 5 minit drive. Buang battery phone je hehe.

Nothing much inside la, maybe sbb dah 5pm something, butterflies semua duduk atas, takde pun yg dekat pokok2..kalau ada pun yg dah mati, so memang tak bergerak dari pokok tu. But cactus kat sini lawa2..and ada lah tempat2 dia simpan kumbang, insects, ular pun ada. Masuk sini pun bayar RM5 sorang. Not so worth it but for the sake of it, alang2 dah sampai Cameron kan, pegi je lah!
We plan nak ke bandar for dinner, but singgah jap another strawberry farm. Uncle Rajoo's farm. Sgt mesra alam uncle ni..farm dia bukak tapi strawberry kecik2, bukan musim katanya. Tapi strawberries dia mmg antara yg murah la compared to other farms. Zul and me shared another strawberry with ice cream this time letak choc syrup. Masa nak turun dari keta, hujan renyai2, gedik la membuka payung strawberry yg aku baru beli hihi. 


Lepas Uncle Rajoo, singgah Cactus Point..bukan nak beli apa pun tapi dah nampak pokok2 bunga tu turun la kejap ambik gambar.

Lepas tu, turun ke bandar, nak cari makanan/dinner sambil jln2 kat pasar malam. Orang kata pasar malam ada Sabtu malam je normally but since it's school holiday, pasar malam memang hari2..barang, tak beli apa pun as I think the ones at the souvenir shop lagi cantik dan berkualiti. We bought udang goreng tepung just bcoz udang dia besor2 hehe. Plannya nanti beli nasi pastu makan dlm hotel. Tempat we all park kereta tu, ada macam kedai makan la. Dari aku sampai memang dah usyar je koaytiaw kerang dia..so time nak balik tu Zul ajak singgah sbb dia nak rasa sup tulang. Terus dia order nasi..aku plak order koaytiaw goreng. Memang sedap..again, tak ingat nama kedai. Tapi if korang pegi, lorong nak masuk ke parking ni memang celah2 pasar malam tu and kedai tu dlm parking lot. U won't missed it. I hope hehe. Selepas dedua dah kenyang, tak jadi la nak tapau nasi nak makan dgn udang goreng tu..kitaorg ratah gitu kat bilik hotel sambil bukak tingkap, memang nyaman dingin la selepas hujan..kipas pun tak pasang. Memang agak ajaib la untuk seorang bernama Amilia bila dia tidak bukak aircond atau kipas :)

So, anniversary eve buat apa? Hishh takkan nak bagitau :)..sambung untuk sessi aktiviti besok pagi plak..final part.

No comments: