Friday, January 04, 2013

Cameron Highlands Part 3

Ok, part 3

Lepas solat Subuh, aku bukak tingkap..memang sojukk. Besh. Hirup udara segar, tunggu hari cerah..awesome view dari Equatorial tu..we all duduk tingkat 8.

Before 8am aku dah turun dah..berkobar2 nak gi jalan2 just because hari ni (13/12/13) was our 9th wedding anniversary, and nak pegi Boh Tea Plantation hehe. Lepak kat bawah dulu, kat Equatorial ni ada macam view area.. aku sgt suka duduk sini tengok pemandangan. Snap gambar then drive sket ke depan aku suruh Zul berenti sbb the day before dah nampak satu cafe ni dia punya meja and stools pun corak strawberry..harus ambik gambar lagi. And harus gak ambik gambar kat entrance Equatorial tu..macam tourist! Zul kata sojuk gila..aku plak kerek sambil berkata "Itu belum rasa sojuk macam London tu..mengigit2 muka tau, setakat Cameron ni ellehh". Eksyenn kan kat laki..satgi ko siap, Amy..

Kitaorg bleh terlepas simpang nak naik ke Boh Tea sbb ingat cam 10-15 mins drive dari hotel rupanya 5 minit je..sebelah butterfly farm yg we all pegi semalam, then sebelah dia bee farm (which aku tak masuk pun sbb malas) and across bee farm tu la jalan nak masuk naik ke plantation tu. Jalan nak masuk dari jalanraya tu besar gila ok lubang. Aku macam cuak je nak naik dgn keta aku tu. Since it was only 7.45am, (aku budget 9am sharp aku dah ada kat gate Boh tea tu, takmo panas2 hehe) kitaorg masuk bee farm tu punya souvenir shop, jalan2 beli Tshirt Zul satu and since tuan punya kedai sgt peramah, kitaorg tanya la memang kereta biasa pun bleh naik atas tu ke dia kata ok cuma kena hati2 and slowly la. Baru lah we all yakin sket. 

8am kitaorg naik, lori2 kecik pickup tu mmg laju je naik, jalan agak bengkok2 sket. Aku pernah mention tak aku gayat dgn tempat tinggi..no kidding. Masa naik it was ok sebab gaung is on his side of the car. Middle of the journey, Zul stop kejap kat area lapang sbb nak ambik gambar. Aku dah jerit2 dah time tu suruh jgn park dekat sgt tepi bukit. I didn't want to go out at first,yer sgt drama. Dia paksa gak turun dari kereta. Gayattt..tinggi woi. Snap2 pictures then drive lagi sampai la kat guard house. Dah ada satu keta tunggu, katanya 8.30am baru polis kasik masuk..ok time tu dah 8.20am..tunggu je la. 8.25am dia dah bagi masuk. Drive up another 10 minutes sampai la kat parking lot. Tu je max dia bagi naik dgn kereta. Pastu kena jln kaki ler.

Sayupp je nampak cafe kat puncak tu. Sebenarnya ada dua jalan nak naik, jln tar or jalan lalu ikut pokok teh, which aku tak perasan masa aku sampai. So slowly we all jalan ikut jalan tar tu. Dlm 10 minutes (slow) walk sambil sembang2 tahu2 dah sampai. Aku teruja nak pegi cafe sebab (1) lapar (2) lokasi penggambaran Ombak Rindu haha. Dulu masa aku datang 10 years ago takde selawa tu cafe dia..so we ordered scones, dgn firecracker and teh tarik for me. Teh O for him..tak ingat harga tapi dlm nearly RM20 kut. As we were the first couple to reach there (the other couple pi masuk kilang teh tu), Zul terus gi cop tempat paling dekat dgn palang tu and paling kiri..memang marvellous la. Pastu mula memikir nak suruh sapa ambikkan gambar. Kalau korang tengok gambar before this mostly ambik gambar sorang sbb malas nak suruh orang, aku yg insist nak ambik gambar berdua sbb sket sgt gambar berdua. Lepas dah makan tu, ada satu family sampai, terus la minta tolong. Mission accomplished. Hehe.

Lepas makan masuk gak la souvenir shop situ..payung cantik tapi mahal gila so tak beli. Zul pegi washroom and aku duduk tunggu kat satu kerusi ni. Bila Zul keluar dia nampak atas kepala aku tu, ada susunan kayu and byk tulisan/ukiran yg org dah conteng2 situ. Aku pun dlm takut2 tu bawa keluar pen tulis laju2..hehe.









Time turun, we decided nak lalu ikut pokok teh..mujur gakla time balik baru lalu situ, if masa nak naik lalu situ harus mengah ok, tangga dia curam dan tinggi2. At times, aku memang kena tunggu Zul turun dulu sbb nak minta dia pegangkan..sweet la sgt konon. Puii.:P. Bila lalu kat daun teh tu takde plak org lalu lalang kan, so aku gak la jadi mangsa ambik gambar sorang2 syok sendiri..


Turun dari ladang teh tu, I was ready to go back to the hotel. But no, Zul wanted to go to another strawberry farm dlm kawasan tu jugak. I didn't want to go but he insisted so ok ikutkan je la. Ya Tuhan jalan nak naik dgn kereta tu sooo steep and sempit, berkali2 aku ajak dia patah balik je tapi dia tak nak..katanya alang2 dah sampai. Aku sgt takut ok. By the time sampai kat farm tu aku dah takmau turun..turunler Zul sorang2 tapi strawberrynya biasa2 je. Ok then can we go back now? Aku dah muncung sedepa dah time ni. Time turun nak balik tu it was hell. Jalan sempit kan, so if ada kereta berselisih, either kena undur, or kena ke tepi to give way. Masa yg kena ke tepi and give way tu, I almost cried (or did I shed some tears time tu hehe). Sebab bila nak give way, maknanya Zul kena ke kiri and bukit tu sgt tinggi and guess what, aku yg duduk tempat passenger maka lembah tu ada sebelah aku! And dia asyik makin ke kiri, makin ke kiri sampai aku dah tak tahan aku suruh dia stop and let the other car figure out how to pass us.

So, what happened? Calar ke kereta? Bersambung..part 4 and Final








3 comments:

Sweety said...

4 bintang sebab rajin hapdet.

Amy said...

Ko ingat rajin? Aku spend 2 hours buat pelbagai post pastu set scheduled publish haha. Baru ler nampak mcm post hari2 hihi

Blogger said...

Did you know that you can create short urls with OUO and make money for every click on your short urls.