Monday, January 14, 2013

Ikan jacket


Gambar di google dan ambil dari sini

Aku hanya tahu ikan ni sebagai ikan cencaru je. Sewaktu remaja dulu (ayatt), ni antara ikan yang aku takkan masuk campur urusan dia di dapur la. Ikan2 lain aku bleh tolong mama siang. Tapi yg ni mama tak bagi sebab kena belah belakang la, then mama nak taruk sambal la kat dlm. Tapi memang sedap la, dahler mama letak sket je sambal dlm tu, berebut la memasing nak colek isi ikan tu ke sambal, kan.

Bila masuk PPP, baru aku tahu orang panggil ikan ni ikan jacket. Mostly yg panggil tu kawan yg sekolah di SBP la kan. Aku ni sekolah menengah biasa je. Dan bila kenal Zul, dia citer kat asrama dia ikan jacket ni bleh org buat gulai, tanpa buang kulit! Gila kut kesian. Aku cuma tahu ikan ni orang goreng je sbb macam tu je mama buat. Tak pernah buat masak lain if cencaru. Agak pelik bila aku dengar ikan ni di masak kuah.

Time bujang if aku makan luar, aku memang takkan ambik ikan ni. Tah naper. Selera ikan ku agak kurang sket if makan luar, maybe sbb aku suka ayam dan maybe jugak aku selalu bertembung dgn ikan yg tak semenggah cara siangnya (tak buang insang) bila digoreng. Jadi selera aku mati di situ. Kalau gulai ikan tu biasalah..yg goreng/bakar ni normally aku opt for ikan keli.

Bila dah kahwin, lagilah aku tak makan dah cencaru sebab tak pandai kan nak siang/belah belakang tu. Pernah cuba tapi kelakar, dah belah belakang, aku gi belah plak lagi kat perut nak buang segala isi di dalam, so kat mana nak sumbat sambalnya? Haha. mau berterabur dlm kuali isinya. Dan aku rasa last year kut baru aku betul2 berguru dgn mama belajar camner nak belah belakang, dan ingredient sambalnya : Cili merah, cili api, belacan, gula, bawang merah, asam jawa semua tumbuk lumat (aku belum pernah blend lagi so far, lagi sedap yg tumbuk) then sumbat.

First time buat sendiri, teruja ok..siap sms mama cakap 'jadikk, sedap' haha. Ada gak la trial and error..kecewa kadang2 bila dah penat tumbuk sambal, time goreng aku angkat cepat sangat (sbb nampak cili dah nak hangus dlm tu), maka isi ikan tu mentah lagi. Potong stim! Takpun ikan tak berapa elok ke, cess penat kauu je tumbuk beria tadi. Jadi if Zul ada time aku gi pasar segar dekat dgn rumah aku, aku suruh dia yg pilih ikan.. hihi. Yer saya bukan isteri solehah tapi dah dia pandai pilih ikan, kita serah pada yg pakar je. Ikan yg dia pilih mmg selalunya keras elok je. And tips2 dari mama dipraktikkan la : bila goreng biar lama sket, jgn panik bila cili terapung2 hangus. Takmo cili melimpah kuar, jgn lah sumbat banyak (tapi sbb aku sukkaa sgt maka aku tetap buh banyak) and kalau boleh lepas sumbat cili tu biar dlm peti ais kasik kering sket barulah goreng. Sbb dulu2 lepas tumbuk2 tu masih berair2 aku sumbat then terus masuk kuali, huahua 20% isinya terkuar balik..tak best. So if ada masa tu, proses benda ni pagi say 10am ke, lepas sumbat taruk dlm peti ais then 12pm ngam dah la goreng.

Sekarang ni time tengah kemaruk makan cencaru. Takde kuah lain pun aku bleh layan lagi nasi panas dgn cencaru goreng. Pernah goreng yg size sederhana satu je, pastu berebut dgn Zul, bleh kecik hati plak sbb Zul dah start meratah sedangkan nasi aku belum habis. Haha cencaru punya pasal. So tau dah, if size sederhana goreng je dua terus, confirm abis makan sorang satu. He's not that crazy about cencaru anymore, aku je. Baru je makan 2 hari lepas, hari ni aku ajak dia gi pasar segar lagi. 'Nak beli apa lagi?' dia tanya sbb baru je tambah stock peti ais hari Jumaat. Udang dgn sotong pun ada lagi. Aku jawab 'Cencaru, tak puas'..haha. Gasaklah bini ko, Zul.

See, pasal cencaru pun bleh buat post. Hik hik. Aku ada buat pre-publish posts for few more days. Enjoy!

3 comments:

Arena said...

Aku tak pernah beli dan siang ikan jaket hahaha.

Amy said...

Che Na - Haha aku dah membeli sekarang sebab tahap sedap macam gaban jadi aku sanggup. Bila sumbat sambal, bukan kena kopek pun kulit dia. So cuma belah belakang and tarik isi perut semua dari situ je. Sedapp woo..mcm dlm gambar ni blogger tu tak suka letak kunyit. Aku sukaaa. So aku lumur garam kunyit dulu, baru sumbat cili.. garing!

Sweety said...

kita bakor je kak. kalo rajin campak butter sket. try la