Friday, November 29, 2013

My Ayah

Sekarang tengah mode sedih. My Ayah fell down last two days. Dia tengah kait rambutan, pastu undur undur and tak perasan longkang rumah dah dekat dgn kaki dia, so dia jatuh and cuba imbang badan dgn tangan kiri kat lantai. Mula2 ingat terseliuh je, so dia panggil tukang urut datang rumah. All this happened last Wednesday, then adik aku whatsapp.

Aku baca tu time aku kat office, dah bergenang air mata dah, terus call rumah and he picked up. Terus aku nanges :(. So dia kata takde apa2..jatuh sikit je..tak senang duduk dah kat office tu. Balik keje je masuk rumah terus capai je baju aku dgn zul campak masuk beg and chow. Memang hati aku tekad nak ambik EL je Khamis tu sbb nak tolong2 mama dgn ayah. My mom pula tengah sakit lutut. Dah lama dia tak sakit lutut, dulu ada kena sekali, then ok ni jadi balik. Recovering la tapi slow..jalan pun slow je.

Khamis pagi, by 9am ayah buka balutan yg tukang urut tu dah balut the night before. Ahhh nampak sangat bengkak dan lebam2 dekat wrist dan lengan. *hatipecahno1* So, bawa gi klinik to get referral letter then to KJMC to do xray. Ayah nak ke PPUM sebab dia pesara kerajaan so buat siap2 xray kat private supaya tak yah tunggu lama sgt dah. Kat private doc cuma cakap retak, soft tissue swollen dan bahasa2 doktor la.

Aku dengar retak tu je aku dah terdiam. *hatipecahno2*

Balik, lunch. Baik aku, mama, ayah and abang yang baru sampai kat rumah tu semua senyap je time makan. Aku serious cam tak selera. Rasa tak boleh nak telan. Ayah memula kata takpe sikit je, nanti if gi sepital kena simen pulak nanti darah tak jalan. Adoii..aku kata orang yg accident tu 2 bulan bersimen ok jeeek. Last2 abang aku insist, so Ayah kata ok kita gi PPUM. Abang had to go back to work, so tinggal aku je la membawa ayah dan mama ke hospital.

Lucky enough, kebetulan Zul ada kat site PPUM. So sambil nyelam minum air, dia stop buat kerja bawa Ayah aku gi register. Mama aku dah tinggalkan kat tempat menunggu and aku mencari parking sampai ke tingkat 6. Jiwa kacau betul time tu. Setengah jam jugak round and round baru dpt parking. Then lepak dgn Mama perati orang, sembang2. After 1 hour, Zul datang kat kitaorg and update, the doctors decide nak bagi bius/bagi tido kat ayah setengah jam sebab nak masukkan balik tulang. And lepas seminggu dua, maybe kena operate sbb nak masukkan besi dekat wrist tu supaya tulang tak longgar dan lari2. Kalau tak buat, maybe jari2 Ayah tak boleh nak function. Mama dengar tu terus nanges. *hatipecahno3*. Aku gosok2 belakang Mama, peluk Mama suruh sabar tapi air mata aku pun mengalir dgn lajunya. Tak peduli dah org tengok kat kitaorg. Lepas calm down 10 minutes macam tu aku bawak Mama jalan slow2 pegi masuk bilik rawatan tapi mama takmau masuk, dia seriau so she waited outside, mujur ler ada kerusi kosong. Ayah baru lepas kena simen time tu tapi Ayah tak sedar, tengah tido.

While waiting for Ayah to wake up, adik aku whatsapp tanya what happened sbb aku senyap je. Aku pun update. Sambil menaip, sambil kesat airmata..haihh berapa kali la empangan mata ni pecah. Seb baik ada kawan2 dlm group kat whatsapp..suruh aku sabar banyak2. Nurse panggil bila Ayah aku dah sedar, Ayah bangun duduk tepi katil tanya Mama mana. Aku ckp kat luar Mama takut nak masuk. So sembang2 jap dgn Zul pastu Zul kena balik ke site. Tinggal aku dgn Ayah dlm bilik. Seluar Ayah habis kotor kena simen. Asked him how he felt, dia cakap rasa berat je lengan tu, mujur ler dah beli arm sling kat pharmacy. Sbb hospital akan buat arm sling pakai kain je, lagi rimas dan takde udara kan. Then Ayah nak pakai balik kasut dia so memang nak tunduk pun susah bila dah tangan berbalut tu. Aku suruh Ayah jangan gerak, aku yang pakaikan kasut kat Ayah. *hatipecahno4* macam flashback masa kecik Ayah pakaikan kasut untuk aku, bila aku tertido dlm kereta masa kecik, Ayah tak kejutkan pun, dia angkat aku keluar dari kereta terus letak atas katil. Masa kaki aku berkudis teruk, malam2 bila aku dah tido baru Ayah sapukan ubat sebab tahu nanti aku sakit kalau buat time aku sedar. Faham tak apa aku rasa time ni??

Pukul 6pm baru semua prosedur habis. The operation date will be informed by hospital in a week's time kut. Maybe before mid December. Hari ni adik aku pulak EL bergilir dgn aku. Semalam pun Zul dah tolong kemas2 belakang rumah tempat ayah jatuh, pagi ni keluarkan tong sampah. Just normal routine work yg Ayah memang dok buat selama ni sebab Ayah duduk bertiga je dgn mama and my sis. Hoihhh rasa cam nak pindah balik je duduk dgn parents tauu. Maybe next week selang sehari or selang dua hari aku lepas keje nak balik terus tido rumah parents aku, help out apa yg perlu.

Moga Allah permudahkan segala urusan..Amin.

3 comments:

Norliana Abdul Rahman said...

:(

sabar la amy. ayah kau beruntung ada anak2 yang caring mcm korang ni.

take care your father. and take care of yourself too!

Anonymous said...

Sabar...masa ni time nk bg dia manje and kasih sayang Iintensively.Semuga Allah permudahkan..aminn

Amy said...

Thank you korang..