Monday, December 11, 2006

Pinky Mood

Aku rasa kan untuk minggu ni korang tak yah baca la blog aku, minggu depan baru baca ok? (Macamla ramai sangat baca blog lu minah!) Hek hek..reason being minggu ni aku nak record something special, sbb minggu ni aku lovey dovey sket coz this Wednesday-Thursday is my 3rd year wedding anniversary..kang muntah hijau plak korang baca entry aku yg jiwang minggu ni :P

On this date, back in 2003 I was busy finishing my office work sbb 12hb dah start cuti.. pening kepala toksah cakap la..being me, I always want to make sure that everything is according to the plan. Mama ngan ayah pun tahu sgt dah perangai aku, patutnya aku tak yah pikir mende remeh2 tapi dari soal baju sampai la ke lagu apa nak pasang time wedding semua aku nak ambik tahu, semua kena ikut apa yg aku plan dan nak..sebab aku pikir kahwin sekali seumur hidup, insyallah..and aku nak abadikan kenangan hari tu.

Camner aku kenal B? Way back to February 2001. Aku ada few cyber friends (CF) yg aku kenal through chatting. And during this February time, I was jobless sbb baru habis contract kat IBM end January and still looking for job. This friend of mine, Melanie (bukan nama sebenar ehehe) ajak mengeteh kat SS15, Subang Jaya and jumpa few other CFs la..The other CFs tu aku dah biasa la dgn diaorg bila chatting2.. and B was there. We were being introduced tapi tak la bercakap coz dia ni pendiam and somemore dia tak kenal aku, lagik la tak bercakap.

So, start from there, whenever this group of CFs ni melakukan our weekly activity of bowling, dia ada sama and we became best of friends la.. lagipun this group semua keje shift hours and kebetulan lepas tu aku dapat keje kat Maxis shift hours gak, lagi la ligat dok kuar sama2 bila masing2 cuti time weekdays.

Our first picture together, kat Muara, Klang enjoying seafood with few other friends

B pernah bagik hint tapi aku buat2 tak paham..brutal konon la. And aku plak sibuk dok kejar org lain yg mmg tak nak pun kat aku eheheh. Masa ni pun B dah introduce aku kat family dia. To cut short , lepas tu ada terjadik adegan tak-paham-paham-lagi-ke-org-tu-tak-nak-kat-ko, and aku pun tersyahdu le time tu and guess who was there to console me..it was B. Giving reassuring words and masa tu la baru aku rasa satu tamparan hebat di muka aku and pikir "Bodohnya aku ni..yg kat depan mata aku ni pun aku bleh tak nampak?" B was there all along tapi aku ignore dan ignore.. dah terlambat baru le nak sedor.. kenapa aku cakap dah terlambat? Sbb masa tu B pun dah malas nak ambik pot, dia pun jual mahal kat aku la kiranya..:P

Jadik, aku pun cuba la memenangi hatinya kembali dan ..aku menang..maka bermula la kuch kuch hota hai in 2002.. yg buat aku sayang B sbb dia sangat SABAR dgn aku.. aku ni kan emosi, cepat panik, semua nak teratur..he is a total opposite of me, more relaxed and selalu "ikut jadik jek" ..I think we balanced each other out..betul ke ayat aku nih? Romantic memang takde dlm kamus idup dia.. dia tak reti. Habis2 pun dlm sms dia bagik pantun 2 kerat yg macam tak cukup 2 kerat pun "Ikan keli ikan kayu, I love you" I still keep the sms in my handphone :P. But he's funny in his own lurus bendul way la. Yg kelakar tu takde la plan beria pun pasal nak tunang/kahwin.. tahu2 masa Raya 2002, dia call dari kampung and said "Nanti mak datang merisik, ok dak?" ..and we got engaged in March 2003.
During engagement, March 2003

Next post, the akad nikah and the wedding.. I've warned you not to read my blog this week kan? Jangan cakap I didn't warn you..:P

4 comments:

Maff said...

Amy!

Please cerita lagi.
I'm a sucker for love stories.
Suka dengar kisah cinta happy ending.
Best!

Nona said...

Yes Amy!...keep the story coming in...I did not get to know how u punya luv story start coz was bz with my own havoc life time tuh...its good that u do this in ur blog...

Support u 100%!!!...

Amy said...

Degil la budak berdua nih..org kata jgn baca la minggu ni! Hiihii

Maff, nak sambung le japgi ni. Happy ending? Erm tak tahu lagi Maff, takut nak dream too far, doakan je la ye that our love will go on strong.

Non, hhihi kita malu la awak baca. :P

Melanie said...

Huhu.. kenapa ye? Adakah seluruh alam semesta berwarna merah jambu minggu ini?? *giggles*
Kak.. orang nak pi mandi laut kat Perelih nih.