Monday, August 27, 2007

A 'makan-makan' weekend

Apa punya tajuk daa? Belasah la labu, otak dah beku ni.

Surprisingly, I love Monday today...ahahha..masuk opis je dah sengih2.. baca email budak2 gila (Zied, Raff, Aje, Inn dan Zal) pastu baca sms reply dari kawan2 gila jugak (Rosnah, Sandra the perasan mak Datin) pastu terima call dari 2 kawan gila (Rosnah lagik dan Raff lagik).. banyak juga kawan gila yg aku ada..sebab aku pun gila kah? Apa kah? I can't stop smiling today - sampai ada yg tegur "You ni kenapa Amy, senyum sorang2 tengok PC" keh keh you guys made my day today. Terima kasih di atas kegilaan anda semua.

Okeh, update yg tidak mengujakan. Last weekend, adalah weekend yg banyak makan. Saturday pegi keje (blergh)...malam Ayah ajak makan kat P.enang Village, yeay free food I loike. Ayah and Mama love the curry mee there so diaorg teringin sgt nak makan. I was waiting patiently for hubby to come back that night coz dia gi memancing. Nasib baik dia sampai in time to go for dinner. He wanted to take a quick bath and just told me "Tolong simpan ikan2 dlm sink tu - saya bawa balik ikan favorite awak, ikan sembilang". My reaction "Ikan tu dah mati ke belum?" "Dahhh" rilek je dia jawab. I thought he had placed the fish in the plastic ke apa, rupanya togel je dlm sink tuh. IShh, dah la aku pakai baju putih..erk scary ok nak pegang ikan tu dgn sesungut dia..kalau dia dok hidup lagi la..Imagine, dia dah habis mandi pun aku dok stare lagi kat ikan yg nyawa-nyawa ikan tu. Last2 Mama dgn dia yg masukkan ikan dlm plastic sambil aku buat muka cute-tapi-tak-cute-langsung kat tepi tu :P
I had no idea what to eat..maybe sbb tekak masih rasa perit..yer, belum recover fully lagi. Sakit jiwa tau. I ordered fried char koay teow - sedap but a bit oily : menambah parah kepada tekak ku. Tiyah nasi goreng kampung, which I had the last time I went there and both my parents had curry mee. I think I prefer the the curry mee here compared to Little P.enang Cafe kat C.urve tu, tapi sambal kat Little P.enang Curve is nicer, yg direcommend oleh kak dilla. Aku pun suka dgn presentation kat P.enang Village, cantik. Bowl dia bentuk sampan/perahu for the curry mee and nasi goreng tu atas pinggan panjang..I loved the iced lemon tea since last time tapi this time coz of the sore throat, dgn skemanya aku order teh tarik, nasib baik sedap. Sebelum balik, sebab kempunan sangat, aku order gak warm lemon tea - perfect closure! And I still think nothing beats curry mee than having it in Penang itself. Hmmm, rindu Penang food. Gambar a bit blur and dark coz guna phone and kat restaurant tu mmg dim light.

Sunday, Abang, Intan and Adam came over for dinner. Abang dah rindu nak makan Mama punya speciality - Kerabu Tauge kerang. We also had sambal bilis, ayam masak asam (my favorite dish - kat KL takde) and ikan sembilang/gelama goreng yg B bawak balik dari memancing. Memang sweet and fresh le ikan tuh..saya makan nasi malam tu dgn banyaknya dan jayanya.. terima kasih..:D
Adam cheeky as usual. His favorite word now is "Tak nak ahhhh"...dia punya 'aahh' tu ada sengau sket. Tah mana blajar..so whatever I ask/said, he will reply with "Tak nak ahhhh". Geram!

Ni ada a blur picture of two of my favorite boys - Adam and B. Dia ikut naik atas to my room and tengok B ngadap laptop.
Tu je la weekend makan-makan saya. 3 more working days - tomorrow and the day after will be busy with graduation rehearsals and preparation. Planning to go for lunch with Sham tomorrow sebelum dia merajuk..we'll see.
Oh, another picture. Wedding on Sunday afternoon. One of the neighbours across the road. Mama, Ayah and me jalan kaki je pegi. So, took some pictures with the phone while I was walking in the scorching hot sun. Kitaorg macam party crashers je pegi kenduri lalu celah2 pokok :D. That's Mama in green baju kurung with cute pink small flower prints. Pegi kenduri 5 minit dari rumah pun Mama matching segala handbag dgn kasut ok? Saya? Bawak handphone je, malas. Gambar yg ada kotak biru tu was near the main road. Kat kotak biru tu la tempat saya tunggu cab zaman dulu2 bila takde lagi LRT tu (nampak sangat tua remaja), situ la tempat lintas jalan pegi sekolah rendah k.j, situ la tempat saya berdiri kira berapa kenderaan lalu dalam masa setengah jam untuk projek geografi saya (tah kenapa aku setia dok kira kat situ padahal kawan2 aku ngelat je taruk baper banyak keta lalu)..isk skema, skema. Saya suka pokok2 yg tinggi2 yg buat main road tu nampak redup je...saya suka K.J dan saya suka rumah saya.. ngeh ngeh..

9 comments:

Unknown said...

hai Amy....:)

Bila baca kesah org happy happy nie, kita pun tumpang happy...:)
Senyum tu magic tu..lagi kita senyum lagi kita happy....hingga boleh membuat ikan sembilang dalam sink pun tersenyum sama...;)

eh masih ada ruang hijau di KJ ye...dekat tasek tu ka? adess, sudah dekat sepuluh tahun abg id tidak ke sana...

idham

Norliana Abdul Rahman said...

aku pernah beli ikan sembilang (or is it keli) hidup kat jusco sbb ayah aku teringin.. ingatkan dah masuk plastic dah mati.. rupernyer bila sampai cashier, ikan tu melompat lagi.. apa lagi..dgn aku, dgn cashier sekalik melompat ketakutan.. hehe.. lawak...last2 maid aku yg pegang plastic tuh..

oh btw aku pun skema jugak dulu duduk kat bus stop and kira baper byk kereta lalu heheheh

Anonymous said...

Akak!!!!! camner nak masak ayam masak asam tuh?? mcm menarik jer bunyi nyer nih.. bagila resepi.. saya suka bab mamam nih.. nak nak nak... makasih..

Z.Y. said...

i like my house in Ara too!! hehehee

can't wait for 1/9. countdown: 4 days.

di.di said...

apa itu k.j

Zetty said...

hahahah...kelakar baca bab kira kereta. so berapakah jumlah kereta yg kau kira?

Cosmic_GurL said...

Bestnyer ikan sembilang! Lagi best buat kari ngan telur2 sembilang sekali..yum yum! U tak penah ikut hubby u gi memancing ke?

Amy said...

Abg Idham - Alhamdulillah, I should count my blessings kan? Takde rezeki baby, hidup cukup2 makan but I'm surrounded by loving family and friends.. been living here for the past 25 years la bang Id, KJ ni dah jadi my hometown :D. Me kat SS4, about 5 mins frive from the tasik.

Konot - AKu mmg tak bleh la kalau ikan tu dok buat acrobatic dlm plastic tu, geli aku. keh keh.. ko pun skema gak? Kira baper keta lalu padahal bleh je kan kalau tipu number tuh..bukannya cikgu nak check

Aisha - Senang gila. Nanti free nanti kak amy post recipe ok? Susah nak cari masakan ni kat kedai makan, kena masak sendiri la baru dpt rasa. Mama kata kalau ada rezeki ngandung, masa berpantang tu mende ni bleh makan sbb dia lebih kurang je dgn masak singgang. I loike!

Amy said...

Zied - Yup me too, I can't wait to get over this madness week. Kita berempat je pun takpe - gua tak kisah. Daim cake, here I comeeee!! :P

Zal - K.J tu Kelana Jaya laaa.. sek rendah, sek menengah kat sini.. tanah tumpahnya darah ku..there's no other better place I can call home. I love my family too!

Zetty - Betul weh, aku tak ingat time tu umur baper, tapi sek menengah la untuk projek geografi. Siap bleh round kat situ nak cari longkang pecah untuk ambik gambar hakisan tanah..perghh. Paling tak tahan cikgu suruh buat anggaran baper keta lalu kat jalan majlis tu. Padahl bleh jek hentam baper, tapi aku kira ok, siap catat dlm buku. I'm sooo a freak! I still am Zets, jgn tak caya. Almost everyday buat 'To do list' the night before g keje and trying very hard to stick to it..aku jadik kelam kabut kalau list ni takde :P pathetic!

Sherie - Tak pernah lagi la makan kari ikan sembilang. Masa boypren-gepren dulu ada gak ikut, setakat mancing kolam. Tapi dah kawin malas dah. I did follow him ke laut in May, I did blog about it. That is the first and the last (hopefully) yg I sanggup ikut. Tak tahan dgn goyangnya kapal tu and the hot scorching sun! Habis kulit muka dgn tangan I sunburned, hangus. Takmo dah...serik!