Sunday, October 28, 2007

Umrah Trip Part 3

Baru nak masuk Part 3..gila lembab Amy mengupdate blog! Tengah busy gilos la. Dengan badan tak sihat..isk..
Ok berenti mana ari tu? Pasal dah sampai ke Tanah Suci Mekah kan? Kitaorg sampai dlm 1.00pm, lepas dpt beg semua, kitaorg diberitahu untuk solat Zohor di bilik hotel dan kemudian berkumpul kat lobby untuk our first umrah. Dlm 1.30pm kitaorg berjalan kaki ke Masjidil Haram dari hotel. Berdebar hati ni Tuhan je yg tahu. We walked for about 3-4 minutes, jauh sket la compared to Madinah, baper tapak je dah sampai masjid. Cuaca memang panas terik, tapi sebab kami dah dlm ihram, harus dihabiskan juga ibadat umrah. Nampak saja Kaabah, hati aku berbaur. Mata aku berkaca..ya Allah, sampai juga aku ke sini..kami ikut Mutawif who guide us throughout. 7 pusingan tawaf dgn hubby kat sebelah aku..setelah selesai, kami dibawa solat sunat di belakang Makam Ibrahim.. gugur air mata aku bila baca doa di sini. Air mata kesyukuran :D.. lepas tu pegi buat Saie. 7 pusingan, total distance about 6km. Aku yg tak fit ni mmg cepat rasa lembik, semangat datang dari B dan Kak Z. Tak putus2 aku beristighfar, macam ni rupanya Siti Hajar mencari air untuk anaknya. Habis 7 pusingan, tahallul iaitu bercukur atau memotong sedikit rambut, preferably belah kanan.

Selesai tu, dah masuk waktu Asar. Masa ni aku terpisah dgn Zul. Lepas Asar aku cari dia tapi tak jumpa (besar tau Masjid ni) and tanpa pikir panjang aku balik ke hotel dgn harapan dia akan balik ke hotel cari aku. Rupanya dia masih menunggu aku kat Masjid sampai la masuk waktu buka puasa. Aku punya risau Tuhan je yg tahu...lepas buka puasa, dia ketuk pintu bilik aku. Lega!

Lepas Umrah yg pertama tu, selang sehari ada lawatan ke tempat2 bersejarah, ada few days akitiviti sendiri, ada hari yg kitaorg pegi buat Umrah lagi. Kalau dah ada dlm Mekah, each time nak buat Umrah lagi, kita kena keluar dari Mekah untuk berniat.

Jabal Tsur & Jabal Rahmah

Clockwise : Depan Masjid di mana Perjanjian Udaibiyah dibuat, muzium Masjidil Haram dan Nabawi, tempat kain kaabah dibuat/jahit & ladang unta
The 10 days spent in Mekah was magical. Kepala otak aku kosong, tak pikir langsung pasal kerja, sampai tak ingat hari apa. Memang concentrate beribadah. Well, barang2 pun banyak yg cantik2 dan murah2. Takdela shopping gila2, mostly beli untuk family dan ipar duai jek and of course for ourselves. Since B was not staying in the same room with me, we sometimes call each other's room janji jumpa kat lobby and pegi Masjid sama2 or sometimes we met accidentally kat Masjid and walk back together ke hotel. Rasa macam dating2 gitu :D. Most of the nights, lepas Terawih both of us jalan2 tengok kedai sambil makan ice cream yg sedap kat sana. Air zam-zam toksah kata la, 24-7 aku minum. Sedap je rasa. Kitaorg dapat bawa balik sorang satu tong dari agent, dah kasi saudara-mara minum, ada la lagi sket simpan dlm fridge, sayang nak habiskan...
Bagi burung makan
Masa nak pegi Isyak & terawih
Jalan2 kat Hilton

Our very last night kat sana, Dato S dari parent company came to visit us (tiap2 tahun macam tu)..dia pun perform Umrah. He arrived midnight and finished his Umrah at about 2.30am when he meet us, mata aku pun dah kuyu je time tu tapi mengenangkan yg I get to go because of the parent company, ku gagahi juga la tanda terima kasih. They served Nasi Kuzi Kambing and Nasi Kuzi Ayam. Sangat sedap ok...sampai sekarang dok teringat2 lagi.

Pagi last day, sembahyang Subuh kat Masjid pun rasa sayu yg teramat coz that would be my last prayer in Masjidil Haram... then balik bilik hotel rehat jap, lepas tu turun ke Masjid balik untuk Tawaf Wida' - to say goodbye. As expected, berat rasa kaki ni nak melangkah keluar dari Masjidil Haram, banjir air mata toksah kira la kan? Moga ada rezeki lagi untuk aku ke sana lagi, insyallah. Hati ni puas sebab dapat berdoa di belakang Makam Ibrahim, solat sunat di Hijir Ismail, di bawah pancuran emas, berdoa di Multazam, mencium Hajarul Aswad dan perkara2 sunat yg lain. Alhamdulillah takde dugaan2 pelik untuk kami di sana..kebanyakannya dipermudahkan. And aku betul2 rasa bersemangat dengan adanya Zul bersama dgn aku kat sana.
Sebelum ke airport, kami dibawa ke Laut Merah then singgah kat Masjid Terapung yg cantik kat situ untuk solat Zohor. We arrived at Jeddah Airport at 1pm but our flight sebenarnya at 11pm. So, we all lepak je la kat airport dlm 10 jam.. bleh tahan gak la sakit belakang duduk kat kerusi dia..tapi lama2 lupa dgn sakit bila surrounded dgn geng2 yg satu kepala...buka puasa pun kat airport.
Lepas tu flight 9 jam dan sampailah ke Malaysia. The first person I get to hug? Mestilah Mama..rindu sangat kat Mama. Jet lag bleh tahan.. aku dgn Zul tak keje sehari lepas sampai tu, tak larat. Asyik tido jek. Bila rasa rindu kat Mekah, Zul buka TV around 1.30am nak tengok Terawih live from Mekah.

So, that's it yg aku mampu cerita kat sini..the rest tengok gambo je la ye (Penuh kan gambar? :P). Apa yg aku cerita in three parts ni dtg dari hati aku, untuk dikongsi dgn kawan2 aku. Kalau post aku ni bleh buat orang lagi terbuka hati nak pegi, alhamdulillah.

So, ni stok seminggu ok dak? :P I desperately need to finish up my work..(psycho!)

9 comments:

Anonymous said...

stok seminggu? uihhh... tak bleh.. tak bleh...nanti saya nak baca apa..takkan nak ulang baca kot? huhukk..akak type satu patah pun takper.. hehehehe..

Anonymous said...

Babe,
best sangat baca cerita ko nih.. aku harap aku akan sampai ke sana. u take care. kejer2 jugak, kesihatan kena jaga. ko tu fragile (cam aku la tu..)
~arena

Anak Ayah said...

Bestkan kat sana? A.Teh still remember, unta2 yg. kat Jabbal Rahmah dah tak nampak macam unta sebab all covered with bunga plastik. As for saei, lepas complete 7 round, kaki cramp, pastu balik hotel jalan macam robot. But yes, the experience there memang best yang amat sangat.

Amy said...

Sha - Banyak la ko satu patah perkataan.. *kepala pening nih*

Che Na - Aku gagahi cerita sebab ko tau Che Na (hehehe). Insyallah ada rezeki ko nanti. Nak gelak aku ko cakap aku fragile. Kecik macam ko ye la fragile, cam aku ni takde maknanya.

A. Teh - Tu la, camner Milia cerita dlm ni pun Milia rasa tak cukup nak gambarkan kat sana.

neomesuff said...

thanks for sharing y our experience dear... m hoping to go there one day

Norliana Abdul Rahman said...

what a wonderful experience..best!

Anonymous said...

seronoknya...
insyaAllah.. hati mmg dah terbuka nak ke sana
belum ada rezeki takat nie..

Amy said...

Kak Nomee - Ye la, Amy pun nak gak ingat experience ni sampai bila2. Insyallah amy doakan kawan2 ada rezeki sampai ke sana

Konot - Mmg best. Beyond words

Eylla - Seronok. Insyallah ada rezeki nanti

N a d i a said...

bile la aku nak sampai ke sana...uhuk..uhuk...