Ralat : Oleh kerana saya asyik menangguh2 entry, maka terpaksalah jugak letak gambar makanan walaupun di bulan puasa. Harap maaf ye, bukan tak sensitif. Kalau agak tak kuat iman, bacalah selepas waktu berbuka..Tq!
My last two weekends in July was great. Dipenuhi dengan aktiviti2 bertemu kawan2 dan sanak sedara. Aku nak mulakan dgn update pasal game Chelsea vs Malaysia. As told in my previous entry, ayah tetiba nak belanja anak2 pompuan dia tickets for the match, maka kami dgn riang ria nya pergi lah ke stadium. Game tu bermula sgt slow sampai aku gelisah tapi lepas start 2nd half dah mula rancak. Bersorak tak hengat! Am quite impressed la with the under 23 team, especially the keeper. Bagus betul..yg replacement keeper tu yg biasa2 je. Lepas game, jalan kaki ke TPM balik (jalan belakang LRT) sebab tinggalkan kereta kat situ. It was a fun night, it reminded me why I love watching the match in the stadium. Memang la tengok depan TV lagi selesa, tapi perasaan masa duduk dlm stadium tu yg tah la, tak tau camner nak ckp. Lagi2 bila semua sorak for Malaysia..best.
Dpt la convince Zul dlm 80% yg it's worth tengok bola live depan mata. Dia dah agak teruja la bila aku citer pasal match chealsea malaysia tu. Bersusah dan bersesak sket la time balik, kena ada strategic parking, tu je. Haruslah guna kelebihan bekerja dlm TPM kan, bleh park dlm tu je. And I found out ramai gak geng pompuan yg bleh jadik peneman pi tengok kat stadium if Zul kena keje. :))
Itu Khamis malam kan..Saturday plak berjumpa2 dgn geng TEKBES lepas Ros mengajak di FB. Memula aku, Kak Dilla dgn Ros di Teh Tarik Place pastu sambung ke Chilis where Rina, Aje and Noresh joined us. Gegak gempita macam biasa, semua nak bercerita at the same time, melawan volume masing2 sesambil aku, Kak Dilla dgn Rina dok terjerit2 tengok TV match Malaysia vs Singapore. Gamat! Will there be another meet up for iftar? We'll see.
Sunday morning I had breakfast with Zetty yg baru pulang dari percutian ke NZ. Lama gak la berborak. Thanks for the souvenirs babe, my fridge now dah ada magnet warna pink!
Then Sunday afternoon, pergi ber hi-tea dgn my friends, Nona and Kod. Dok teringin lama dah nak berbreakfast English style lepas tengok gambar Nona kat FB. Planning2 asyik tak jadi. Last2 buat plan last minute gak yg menjadi. Dari breakfast tukar ke hi-tea since Kod baru balik dari Melaka. Dlm demam2 pun dia melayan aku, thanks babe! Memang best ah tempat ni. Dekat belakang Indonesian Embassy..parking penuh, berderet2 kereta. Interior dia sgt cantik, mmg feeling2 dok hi-tea kat tempat omputihs, sekali meja sebelah dok ckp Cina, terus rasa macam kat Hong Kong heheh. Cuma tak dpt nak makan scones, so there's a reason to go there again, ok ladies? :)
Nanti bersambung Part 2.
No comments:
Post a Comment