Tuesday, August 23, 2011

Sakit tangan :((

Dah dari awal July sebenarnya start sakit. Nak kata terseliuh or jatuh, memang takde. Takde rasa kebas or sharp pain cam jarum2 tu, cuma rasa lenguh/sengal dari atas ibu jari sampai mid lengan kanan.

I can still:
~Cook, tumbuk lesung batu, gaul2 lauk dlm kuali (tapi takleh laju2..slow je)
~ Drive, as per normal
- Type, obviously ler kan dah aku dok update post ni hehe
In short, house chores tu bleh buat lagi la..

Sakit bila:
~Menulis notes/scribbles or signing letters
~Pegang sesuatu yg berat dgn tangan kanan (position tangan macam serving plate)
~If lama sangat dok continously clicking on the mouse
~ Ambik/mencekak dgn tangan kanan something yg berat. Contohnya nak ambik pinggan yang dah basuh dan bersusun kat drainer. Selalu aku sekali cekak 3-4 pinggan sebelah tangan je. Now memang tak boleh cekak sekali banyak2, kena satu2, or paling senang ambik dgn tangan kiri.

Ingat nak tunggu gi check lepas Raya tapi dah rasa unbearable dah, maka dah ambik GL and akan ke Sunway Hosp tomorrow morning for checkup. Berdebar rasa ni. Hopefully nothing serious, aku harap yg bleh dibandage or makan ubat/sapu ubat je. I prefer kalau diaorg bleh scan/x-ray/MRI so that cepat tahu what's the problem. Nak pegi urut pun aku tak berani sbb takut salah urat ke, tendon ke, tulang ke..so kalau dah sure apa prob baru aku berani nak gi urut or other alternatives la.

Zul akan temankan aku besok pagi, insyallah. Dia balik keje 7am nanti. Bleh je nak pegi sorang, kan tapi aku saja buat drama (kata drama queen, kan?) kat Zul kata "Nanti kalau saya pegi sorang pastu doc tu gerudi2/pulas2 ke tangan nak check, saya nak drive camner balik nanti? Sian saya". Oh well, it works hehe.

Doa2kan la nothing serious and it's curable ok? Apa2 pun, buka posa di KLCC is on tomorrow. :)

7 comments:

Arena said...

Harap2 nothing serious kan.

Amy said...

Che Na - Tu la, hopefully. Tido pun tak lena dah, biasa la aku, asyik risau.

Silent Scribbler said...

Salam kak. Hope everything goes OK. Let us know how it goes!

aisha said...

hehe.. drama sgt la kak amy ni nyer alasan bg kat abg zul.. siap gerudi tuh.. hehehe.. kang gerudi betul kang?
wah, gi klcc... nyaman.. best nyer la..
tak sabo ni nak gi beraya umah akak makan beskut mazola..

izreen fara said...

Amy, i rasa macam kena carpal tunnel syndrome - a reppetitive strain injury ni. biasa dr akan bagi steroid injection and ask you to rest it. whatever it is, hope it goes away and get well soon!

Amy said...

Sha US - doc suruh buat xray tadi and it showed nothing serious/fracture. So syukur alhamdulillah. Ada salah satu tulang kecik tu cam dah beralih skettt je kedudukan so doc will treat as tendon prob. Next apptmt is 15/9 and I would have to go for a few cycle of 1/2 hour physiotherapy prior to that. Thanks for your concern, appreciate that. Dapat MC sehari but they still give me time slip in case I change my mind and want to go to work.. cuba teka I balik ke opis ke tak? :)

Sha Malaysia - Nyesal plak rasa ajak abg zul pegi, kesian dia kena tunggu kak amy lama hari ni. Selalu kejap je bila dah gi sepital swasta ni kan. Tapi hari ni sbb banyak process, jumpa specialist, ambik ubat, pegi pysiotherapy..member dah la baru balik dari night shift muka letih je

Izreen - Symptom carpal tunnel lain beb, sakit dia kat wrist bawah and numbness kat fingers yg I tak experience pun..I punya sakit wrist belah atas near the thumb. Yg buat physio I tadi mmg meneka dgn tepat tempat yg I sakit, dia terus pegang kat situ lepas dia buat few tests suruh I tolak jari dia, nak menjerit rasa. Rasa best plak bila dpt talk to her yang paham dekat mana I sakit and able to tell exactly apa I rasa bila bangun pagi.

I hope things will get better. I balik office tadi pun terus I tukar sket position PC and my mouse, giving more room for me to put my right hand. Dulu my wrist is always at the edge of the table, which is not good. Now nak cari mouse pad yg ada cushion bagi sedap lengan letak situ masa dok click2.

Amy said...

Doctor's strict order - No more lifting heavy things with my hands, if really need to, kena kurangkan the weight of the object. Instead of carrying 3-4 files at one go in one hand, reduce number of files or position it by putting the weight of the object on the hand instead of the wrist.