Thursday, June 07, 2012

Random post on food

Tengah mood rajin nak update :)

Before cakap pasal food, sebenarnya aku ada tukar layout blog ni sket, tukar font je utk post dates and post title..dlm handphone dgn lappy nampak ok je macam yg aku nak tapi bila tengok kat office nampak biasa je. Operating System lenlain kut kan. Cer tengok title Reception tu dlm these pictures

Lappy
Office PC

Ok, ni plak gambar2 food yg aku ambik pakai handphone dgn niat nak buat blog post pastu asyik 'besok lah, besok lah' last2 tak update pun blog.

This is my fav dessert at the moment especially lepas stressed out pasal kerja or pekerja opsss hehe. Yg selalu layan aku? Encik Zul ler sampai dia pun suka dah..selalunya mmg share je pun sbb dah kenyang dgn main course meal.

Ni gambar masa buat makan-makan kat rumah aku dgn family aku. Aku masak udang masak lemak cili api, siakap 3 rasa, sayur campur dgn ayam marinate goreng. Mama plak bawakan sambal bilis..dan seperti biasa masakan ibu tiada tandingnya, memang itu yg habis dulu hehe.

Abang buatkan dessert, caramel banana with ice cream..sedapp giler ok caramel banana panas2 tu dgn ice cream..marvellous. Cara buat? Tak sempat tengok sebab aku dok busy menghidang dan membasuh pinggan masa dia dok buat dessert ni..yg aku nampak dia taruk butter sket, then brown sugar, golek2 pisang, daun pandan and tahu2 je dah siap atas dessert plates dgn ice cream. Nanti ada masa aku minta resipi dan ukuran2 nya and post it here. Alhamdulillah ada rezeki dia involved dlm production Masterchef 2 (Celebrity) tu and ada gak dia buat program yang akan keluar time bulan puasa nanti.

Ni makan kat Las Vacas KJ dgn Mama, Ayah, Tiyah and Zul. Mid May rasanya. Zul dpt bonus and so dia belanja makan. Hehe..


Last weekend, aku ajak Mama gi KL nak tambah2/ganti2kan tudung yg dah lama. Aku tahu pendapat yg Ariani tu overpriced but I am comfortable dgn tudung2 dia coz selalu ada size muka aku dan kelabuhan yg aku nak. Bukan tak pernah cuba tudung awning yang beli2 dari kawan/sedara tapi 90% tak muat dgn muka or too short. Online aku seriau sket sbb again, the size. Yg dia pakaikan dekat model tu kekadang nampak labuh but bila dah sampai kat tangan aku, aduhai..so takmolah..aku lagi suka dpt cuba sendiri sebelum beli. Oh now dah ada alternative, setakat utk pakai2 gi office aku beli yg Hajra, adik beradik Jakel punya gak. Time2 discount tu I can get like below RM30 and choice color memang satu color yg boleh pakai dgn 2-3 pasang baju ler. I belum kaya nak ada satu tudung untuk satu baju ye hehe. Kalau betul2 yg takde kat Hajra then baru aku gi Ariani, tu pun time2 discount. Sebab ada member card, so we can get additional 10% discount. 


Eh ni apa melalut citer pasal tudung ni..owh, lepas sambar 3 tudung di Hajra dan 1 di Ariani, aku sambung jenjalan dgn Mama pastu ajak Mama makan kat satu restaurant nama Zam Zam Restaurant. Selalu lalu dan teringin nak rasa murtabak dia tapi tak singgah. So this time aku ajak Mama singgah. Jalan ke atas sikit dari Globe, it's before SSF. Kiranya menuju ke SSF, the restaurant will be on your left and Insaf restaurant on your right. Pekerja dia friendly and helpful. Murtabak dia ada 3 size, small, medium and large. So aku pilih small and chose beef. Then order gak meehon goreng. Kiranya nak share both murtabak and meehoon with Mama la. Air aku order teh tarik and Mama orange juice.


Bila sampai je Murtabak ni aku dgn Mama dah terbeliak..mak aihh 'small' pun dah besau camni.
Tangan putih gebu tangan Mama saya :)

Kulit murtabak garing, sedap makan panas2. Aku bagi 4/5. Inti dia a bit dry dan terasa 'kedagingan' sangat. Aku rasa dia pakai minced beef packet je kut. Kuah dia sedap. I would definitely come back, but maybe lepas ni order yg chicken la. Meehoon goreng dia sgttt sedap. Aku bagi markah 5/5. Mama pun kata sedap sangat. Dgn basah2 dia, pedas dia. Teh tarik pun sedap 5/5. Gambar meehoon takde sbb aku segan nak ambik :)


Ok tu je, sila la pegi try if u happened to be in that area. Kalau good mood sudah mari, maybe next post aku nak citer pasal trip Pangkor yg aku gi dgn Encik Zul masa anniversary kitaorg in December 2011. Walaupun dah 6 bulan bila tengok2 balik gambar aku rasa rugi plak if tak record cerita in blog.

Till then. Hope u have a nice weekend ahead. Euro 2012 dah nak start woot woot! Mari rabak mata bersama :))

2 comments:

Arena said...

Aku sekarang ni, tak enjoy food sangat. Hmmm. Aku tengok game yang pukul 12 jek walaupun aku cuti. Tak koselah yang kol 2.30 tu ngantuk. Wei buangla word verification ni, jenuh nak masukkan tau tak.

Amy said...

Sorry..sorry..dah aku buang dah word verification..aku pun rimas dahler aku suka bukak ikut handphone.. seksa. Agak ting tong gua kat opis especially Monday ari tu sbb tgk game. Dgn Monday morning tu ada meeting and jaga exam..gilos.